Tuesday, August 22, 2017

HOTEL MEDAN BANDA ACHEH 29/10/2016

Perjalanan seterusnya, menjengah dan melihat sendiri keperitan orang Acheh tatkala mengharungi saat dibadai tsunami..dan pasca tsunami. MasyaAllah tidak tergambar dek minda kelu lidah untuk berkata-kata.
Hampir 5 jam berlalu, sebelah petang seusai santapan tengahari baru daftar masuk ke Medan Hotel benar benar di tengah Banda Acheh.
Sebelah petang kami menghabiskan siri jelajah budaya ke kawasan binaan Gunungan lambang Cinta Sultan Iskandar terhadap ratunya yang berasal dari Pahang merupakan keturunan Sultan Pahang.
Maghrib kami terasa seolah berada di Masjid Madinah yang dulu..walaupun sebenarnya ia adalah Masjid Baiturrahman yang pernah menyelimuti nasib warga Acheh yang datang memohon perlindungan di situ.Masih utuh menanti para jemputan tetamu Allah yang datang menghadap Raja segala raja disitu...

Catatan kaki

29/10/2016 Maghrib Isyak Baiturrahman juga...

Catatan peristiwa yang membuka minda ..tentang kebesaran Allah yang Maha Esa.
Allahurabbi jauh nun di Malaysia jarang ketemu, di Acheh jua bersua mata #Wawa anakanda Makcik Habibah Melaka.
Hidup tenang dengan sangka baik dimana kita berada
Tunggu bingkisan Acheh nanti...

Moga moga coretan ini memberi inspirasi bagi yang ingin kemari.

Thursday, December 22, 2016

PERCUTIAN JELAJAH BUDAYA KE BANDA ACHEH -29/10/2016-02/11/2016

Assalamualaikum

8.05 pg di Banda Acheh di Malaysia jam 9.

Kami tiba di Bantara Sultan Iskandar Muda .Gedung Bantara ini dibina pasca Tsunami 2008.
Bandara Sultan Iskandar Muda 1607-1636. Apabila bergabung dengan Indonesia, Acheh menjadi republik bersama.
Acheh punyai 2 daerah, satu daerah kecil dan satu lagi daerah besar. Jarak kedua duanya 25km.
Kawasan airport tidak terjejas teruk namun sebelum tsunami berlaku gegaran gempa bumi .
Selepas melepasi daerah kecil, kami dibawa melawat Masal Tsunami..makam besar mangsa tsunami.









CUTI KE BANDA ACHEH

Assalamualaikum
Hari ini Sabtu 29/10/2016. ..bersempena cuti panjang Deepavali. Kami sekeluarga bercuti bersama sekali lagi menjelajah ke Bandar Acheh, Indonesia.
Pada peringkat awal, ditakdirkan hanya saya, isteri dan anakanda Mohd Muizzudin bakal terbang ke Indonesia. Bermakna anakanda kak long Nurin terpaksa tidak bersama atas sebab peperiksaan di MRSM Gemencheh saat itu. Biiznillah jadual examnya berubah, dan juga sudah rezeki Allah aturkan ada peserta trip jelajah budaya Acheh menarik diri. Maka ibunda Alwardah segera gantikan dengan beliau...happy journey. Alhamdulillah.














Tuesday, June 21, 2016

GUA TEMPURUNG - CUTI MID TERM 05/06/2016 JUMAAT PART 2

Sebelah petang seusai solat Jumaat di Kampung Kampar berdekatan dengan Gua Tempurung. Dengan semangat yang waja kami bertiga menerokai Gua Tempurung...yang paling best guanya memang indah dah macam kat Gua Kelam Perlis.

Hampir 1 setengah jam berada di dalam...orang yang paling bersemangat bernama Mohammad Muizudin akhir tidak sempat ke puncak ...penat katanya..apa pun kita enjoy!






















Thursday, June 9, 2016

KAMPAR 05/06/2016 HARI KE 2 PERCUTIAN MID TERM

Alhamdulillah, dapat menikmati juadah sarapan pagi di Cafe Grand Kampar dengan pelbagai juadah dan berbaloi serta sedap.

Seusai sarapan kami berpeluang ke Muzium Timah bersebelahan Grand Kampar Hotel..wah bestnya dapat melihat sendiri bagaimana peristiwa catatan sejarah tentang pelombongan bijih di Tanah Melayu



















Pages

About us

Text Widget

TOLONG KLIK SINI....JAWAB JE SOALAN TU

Popular Posts

Categories

Blog Archive

RUANG IKLAN -RM 10 SEBULAN

CARIAN

Popular Posts

TERIMA-KASIH PELAWAT SETIA

ANDA SINGGAH NO.NI BERTAMBAH TAU!! THANKS