Posts

Showing posts from January 15, 2012

UJIAN ALLAH 2012 -PART 2

Image
Alhamdulillah...Maha benar & Adil Allah itu, dalam KESAKITAN ADA KEMANISAN, DALAM UJIAN ADA KEPRIHATINAN...Detik anakanda Muiz dibedah apendiksnya pada malam 09/01/2011...jam 7.30.00 -10.4o malam itu mengambil waktu yang panjang...apabila terdengar sahaja sorongan katil berada & tanda "best" yang diangkat oleh Pembantu perubatan..debaran kencang tadi beransur reda..Lantas susuk tubuh terkulai layu di katil sorong itu menyebabkan bergenang air mataku " Aku Ayah, mesti kuat", pesanan untuk diriku...Lantas Ketua Pakar Bedah malam itu bernama Dr Azrin menerangkan secara terperinci berkenaan pembedahan ke atas anakandaku.." Maaf En..cik? Shah Bina! cepat sahaja balasanku, "Begini, anak tuan alhamdulillah berjaya dibedah dengan jayanya..pihak kami telah berjaya memotong apendiknya dan juga kami nak maklumkan kepada tuan bahawa apendiknya sudah pecah di dalam perut serta bernanah!, " Ya Allah, aku benar-benar tersentak kali ini...sambung Dr Azrin la