Posts

HARI MINGGU YANG MENGASYIKKAN

Image
24/10/2010 -AHAD -Memang sesuatu yang indah , apabila kita ada kelapangan masa beristirehat bersama keluarga..hari ini, pagi-pagi lagi aku bangun bersujud kehadrat Ilahi merafak sembah tanda kesyukuran & keabdiaan sebagai hamba ALLAH...sebelum memasak sarapan buat anak -anak & isteri...aku sempat berdhuha untuk kelangsungan rezeki dariNya...ahhh. begitu lama rasaya, butang-butang laptop tidak ku titipkan coretan buat pengunjung...Maaf hari ini ingin ku kongsikan ceriteraku dalam bentuk berbunga-bunga....Terima kasih juga ku ucapkan buat isteriku kerana masakan tengahari yang begitu sedap ...Ayam goreng ala-ala KFC..Kangkung tumis berlada tempoyak, sambal bilis, berulam timun...Air teh pekat bersusu serta jus oren berhawa sederhana...ha...ha..ha ...amacam korang ok tak ?

MELABUH DIRI DI GUNUNG JERAI...SEJUKNYA

Image
15/09/2010 Raya ke 6.....selepas Ziarah Kubur mak

Perjumpaan keluarga di Utara 14/09/2010-16/09/201- BALIK KEDAH

Image
Selepas beberapa hari di Melaka...kabe (semua) dah jumpa , masa untuk ke Kedah tiba..dah siapkan segalanya..cuma nak singgah Sg Buloh Country Resort (umah ler) nak simpan baju-baju yang tak perlu dibawa..juga tengok-tengok ikan koi kesayangan ..12 malam saya sekeluarga pun bergeraklah ke Kedah...lepas aje Sg.Perak , mata dah nak terlelap...buat keputusan terus ke Kuala Kangsar masa tu dah pukul 2.50 pagi..Nasib baik ade Hotel kat K.Kangsar..pagi dalam kul 11 pagi 15/09/2010 barulah bertolak ke Sg.petani...Kul 2.30 petang sampai..fuh Dah di Jelapang padi pun...turut melabuh diri di Puncak Gunung Jerai sebelum ke Perjumpaan Keluarga pada 16/09/2010 serta kenduri kawin di Mahang Kulim Kedah

HARI LEBARAN DI MELAKA JUGA 2010

Image
tanggal 29 Ramadhan 1431 bersamaan 09/09/2010 hari Khamis...............Kita hanya merancang tetapi rancangan Allah itu lebih baik..Pelan asal Raya tahun ini 2010 di Negeri kelahiranku di Kedah Darulaman.Namun memikirkan perjumpaan keluarga di Utara akan berlangsung pada Raya ke 7 pada 16/09/2010 (Hari Malaysia) dan kenduri kahwin sepupu bernama Saidatul Shima binti Abd Shukor di Kg Bukit Kabu Mahang Kulim ...maka saya menukar pelan asal untuk bertolak ke Melaka..Alhamdulillah gembira hati ayah - ibu mertua saya kerana kehadiran saya sekeluarga memeriahkan mereka berdua , almaklumlah tahun ini kebanyakan ipar-duai saya ke rumah sebelah mertua masing-masing..maka sunyi sikitlah rumah mertua saya.Namun saya yakin & percaya bahawa inilah aturan alam...dirancang tidak menjadi ..usah dinegatifkan kerana Allah lebih berkuasa..Hati saya cukup gembira kerana Syawal ini saya masih dapat melihat ibu & ayah (Kerana saya tiada ibu & ayah srndiri hanya mertua tempat ku menumpang kasih- ...

ZIARAH RAMADHAN- 8/09/2010 K.DIBAH & ABG MAT RODZI

Image
Terima kasih kerana sudi singgah...ke teratak kami,ziarah bulan puasa tak dapat nak hidang2...nanti datang cuti sekolah ae..(besar hati pokcik bila sedara ziarah)

SATE kajang sebelum Ramadhan Datang

Image
...

BERSANTAI DI PULAU PANGKOR 11-13/06/2010

Image
Alhamdulillah percutian yang syok habis..........selama 3hari 2malam "ROUND ISLAND".Memacu Kancil 660, berbekal minyak RM20 habis pulau diredah dek kami berempat...Kenapa ? Tak percaya ka? ha...tengok sini