Posts

HARI#2 SELASA 03.12.2019-DARI KOTA KINABALU TERUS KE KUNDASANG.

Setelah tiba di Kota Kinabalu kami transit di OYO LKH MOTEL @Lingzi Hotel semalaman bertempat di Borneo Waterpark. Tidur nyenyak sangat. Di Sabah jam 4.49 pagi sudah pun masuk waktu Subuh, semua bangun awal Jam 9.00 pagi, Mpv Toyota Avanza yang disewa telah tiba. Sebelah pagi kami sekadar lapik perut sarapan roti manis dan secangkir teh setiap orang. Usai terima Avanza, kami berenam bergerak ke Muzium Sabah, bagi ibu dan ayah mertua saya Puan Noriah Kosni dan Haji Dolhalit Mekram , ini adalah kali pertama ke Negeri Sabah. Jam 10.20 kami tiba di Muzium Sabah berhadapan Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Orang yang paling suka lawat ayahanda kami sebab dulu beliau guru Sejarah. Hampir 2 jam juga kami melawat sejarah Sabah di situ. Perut mulai berkeroncong, kami bergerak pula ke Kundasang. Pelan seterusnya, kami perlu makan tengahari sebelum bertolak ke Rumah Terbalik Tamparuli . Kami makan di Lalapan Restoren di Inanam dan bersolat Jamak Zohor Asar di Masjid Bandaraya...

PERCUTIAN DI BAWAH BAYU ISNIN 02.12.2019# SELANGOR KE SABAH

Image
Setelah sekian lama, merancang untuk bercuti bersama keluarga ke Sabah bersama mak dan ayah mertua, akhirnya tanggal 02.12.2019 terlaksana juga hasrat diinginkan oleh Allah Maha Kuasa. Percutiam kali ini mengambil masa 5 hari 4 malam. 2 hari di Kota Kinabalu dan 3 hari di Kundasang . Perjalanan bermula jam 10.30 pagi bergerak ke KLIA2 menaiki kereta sendiri. Selepas tiba di KLIA2. Cikgu turunkan barang dan ahli keluarga semua. Parking adalah isu utama apabila kita bercuti.. Nak tinggal dimana kereta apabila kita mahu menaiki flight? Cikgu letak di GoPark dengan bayaran RM100 untuk 5 hari.. Flight Air Asia berlepas jam 4.10 padahal boarding jam 3.15. Keseronokan diri dan excited  bermula  apabila flight landing di KK. Tiba di Airpot KK terus book Airport taxi dan Check in hotel. Selepas itu ambil Grab ke Baiduri Seafood KK

MELAWAT SABAH ,KOTA KINABALU & KUNDASANG 02-06 DIS 2019-TENTATIF

Image
Assalamualaikum Intienary perjalanan. TENTATIF PERGERAKAN. HARI#1 PENGINAPAN LKH MOTEL ,KK (Sesudah sampai dari KK). ZEN GARDEN HOTEL 1. ISNIN 02/12 dan checkout 05/12 (4 hari 3 Malam). 11.00 pg: SBCR ke KLIA2 4.10 ptg : Departure 7.40 ptg:Arrival KK & Check in LKH Jalan Likas 9.00 malam : Ambil Grab. Sebelum ke KUNDASANG 9.05 pagi : Sarapan di D'Lengkuas Jalan Likas 10.15-11.00-Pandu kereta sewa sampai Tamparuli ke RUMAH TERBALIK 11.30-12.30 Bergerak Tamparuli ke KUNDASANG. 12.30-2.30 :Makan Tengahari dan Check in Zen Garden Hotel 2.30-4.30 : Kemas diri, Solat & Rehat. 4.30-5.30 : Tugu Nunuk Ragang Kg Balisuk Ranau. 5.30-6.30: Lawat pekan Ranau 6.30-8.00 Makan Malam di KIABURI CHICKEN RICE. 8.30-10.00 : Balik Hotel Rehat =============== HARI #2 SABAH =============== ZEN GARDEN HOTEL 1. SELASA 03/12 7.30 -9.00pagi : Sarapan di D Anjung Selera Ranau 9.00 -10.00 : J.S Nursery Kundasang 10.15-12.00-MAIN IKAN GIGIT KAKI. ...

RAYA KETIGA MENYAMBUT HARI LAHIR BONDA MERTUA

Image
07.06.2019 Jumaat nan indah. Seusai Solat Jumaat kami meneruskan raya ke rumah atuk sebelah isteri abang long Saifudin Dolhalit. Saat itu juga, adik-beradik sebelah isteri cikgu sedang dalam perjalanan menyambut raya sebelah Melaka. Sekeluarga dari Kuantan, dan dari Banting. Jam 7.30, sudah tiba ke rumah Kak Lis Quraisin dan Abang Hisyam yang saban tahun menjadikan rumahnya meraikan lebaran. Tahun inj, lebih bertuan apabila sambutan Hari Lahir Bonda mertua turut diraikan di situ. Segala jasa kalian semoga Allah ganjari keberkatan dunia akhirat. Solat bersama. Doa bersama. Ketawa bersama. Menangis bersama. Makan bersama. Syukur atas nikmat karunia ilahi ini.

HARI KE 2 EIDUL FITRI 2019/1440H

Image
Assalamualaikum Hari ini, 06.06.2019 Khamis..raya kedua di Melaka. Pagi-pagi lagi dah siap-siap ke rumah sepupu sebelah mak mertua pula.. Rumah Nek Esah.. Apabila warga emas disantuni, Nek Esah rabong ceritanya zaman P. Ramlee sampai zaman arwah suaminya. Ayah mertua pula sambung cerita kayuh basikal tengok filem P. Ramlee pawagan Lido di Bandar Hilir Melaka.. Wah.. Kemudian bergerak ke rumah adik ayah bernama Cik Kapit.. Kami santai ceria.. Bertukar cerita, keampunan dipinta sempena lebaran Hari Raya. Jam 3.00 hingga 6.00 lebih, ke rumah Abang Long Saifudin Dolhalit.. Kaunselor Henry Gurney, pekena Laicikang, segarrr.. Juadah enak sekali. Habis makan, sempat lagi ke tepi pantai... A+ habis baqhang!

ZIARAH RUMAH CIK ALI ADIK AYAH... WAHAH CIKGU PINK KALER 2019

Image
Inilah rumah adik ayah mertua, bunga kertas... Sama kaler.. Cikgu senyum jerr.. Sambil jadi bahan jenaka. Cikgu SB suka aja, gelak berdekah sambil berair biji mata.. Seronok pokok bunga bila disantuni. 

RUMAH PERTAMA DI PAGI EIDUL FITRI MELAKA 2019

Image
05.06.2019 Rabu 11.00-1.30 tengahari. Andai cikgu beraya sebelah isteri, pastinya rumah NekMah menjadi tempat tumpuan dan tempat bertamu bertemu mata menyulam kasih sayang di situ. Benar kata pepatah Arab, di mana ada orang tua, di situ kasih tertumpah. Maka, buat sekian kalinya, kami sekeluarga bersama ibu ayah mertua berkumpul berbual mesra, menjamah menjamu selera, sagu syahdu dan gelak tawa pasti menjadi kenangan sampai bila - bila.. Seronok benar dapat berkumpul bertanya khabar ceria.. 1.30-2.30 petang. Menyusuri untuk bertandang pula rumah adik dan abang kepada ayahanda mertua, beramah mesra dan berbual ceria Ya Allah kekalkan kami semua begini.. Paling best... Tangga kayu itu tetap menjadi frame setiap kali raya di Melaka (Rumah Wak Sal)