Posts

PART#2/2-PERCUTIAN PULAU PANGKOR PERAK SABTU 14, 15 & 16 MAC 2020

Image
....jumpa lagi Petang 15 Mac 2020 Ahad selepas jam 3.30 petang tiba semula hotel, makan dan berehat panjang..letih snorkeling lain maciam. Jam 6.30 semua segar, namun cuaca luar hujan dan ribut. Selepas cuaca stabil dan hujan mulai berhenti Cikgu dan anak lelaki Cikgu SB iaitu Muiz keluar jam 7.30 selepas solat,hajat nak cari makan malam di Pantai Teluk Nipah. Pertengahan jalan pokok tumbang..terpaksa patah balik ke Pantai Bogak Dan beli makan malam di Abe Tomyam. Bawa balik ke hotel, semua dah lapar terus hentam kasi habis...apakan daya nasi banyak pula. Ada Paprik, telur dadar dan sotong goreng tepung. Jam 9.00 terus keluar lagi ke CK Point Duti Free Shop dibaru buka pada 14 Mac 2020 di Pantai Bogak lagi. Isteri Cikgu, Cikgu Alwardah shopping sakan untuk anak-anak...lepas tu sempat ambil gambar...balik lentok terus mengantuk!

PART#2-PERCUTIAN PULAU PANGKOR PERAK SABTU 14, 15 & 16 MAC 2020

Image
Semalam punya cerita...selesai sesi melawat 9 tempat sekitar Pangkor sebelah Jeti hari pertama 14.03.2020. Malam jam 8.30 malam selepas balik sekejap ke OYO Hotel Safari Pantai Bogak Pangkor . Kami pergi makan di Pantai Teluk Nipah...Syurga Seafood. Balik terus tidur awal...padam! Hari ini Ahad 15.03.2020, semua excited nak Snorkeling di Pantai Teluk Nipah.  8.30 pagi tiba di Pantai danTeluk Nipah dan terus sarapan pagi. Habis sarapan, hubungi Cikgu Azman (Jumpa kawan sama Sekolah isteri), ambil pakej beliau , rezeki harga berbaloi sikit.. Jam 10.30 pagi, kami di beri briefing Keselamatan dan cara penggunaan alat Snorkeling Dan jaket keselamatan. Menaiki bot laju sambil buat island hoping sebelum ke Pulau Giam untuk Snorkeling. 1. Pulau Paus Berjambul 2.Pulau Kalimah Allah dan Tapak kaki...