Catatan NURIN .. 2013 di THAILAND
yang sempat saya masukkan TRAVELOG NURIN & MUIZ KE THAILAND –PART 1 (RABU 11/12/2013) Setiap orang menginginkan saat percutian yang indah bersama keluarga Begitu juga saya , saya sering mendambakan percutian-percutian yang indah dan penuh memori yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga tercinta di Negara orang bak kata pepatah “ jauh perjalanan luas pemandangan”. Pada cuti persekolahan akhir tahun 2013, merupakan detik-detik manis kami sekeluarga apabila baba dan mama kami membawa saya serta adik kesayangan Muiz ke Negara Thailand . Tarikh 11 Disember 2013 hari Rabu jam 11.00 malam ,bermulalah perjalanan percutian kami ke Hatyai & Songkla di Thailand. Baba memilih perjalanan disebelah malam dari Sungai Buloh Selangor melalui Lebuhraya Utara & Selatan (PLUS) menuju ke Bukit Kayu Hitam iaitu sempadan Thailand. Perjalanan selama 7 jam tidak dirasai, masakan tidak Van Suzuki APV telah diubah suai oleh baba menjadi umpama katil buat kami berdua. Klik..di http://