HARI#5 JUMAAT 06.12.2019 HARI TERAKHIR DI SABAH , PASAR FILIPINO, RUMAH TERBALIK & SURIA SABAH
Pagi Jumaat nan indah, Sayyidul Ayyam di Kota Kinabalu. Seawal 5 pagi, ujan membasahi bumi Inanam di tempat kami menginap Oyo Hotel Treeline Urban Inn. Hotel baharu diambil alih oleh OYO dan diluar nampak biashe-biashhe sahaja. Apabila kami melangkah masuk semalam, dalaman hotel antara yang terbaik. Pagi-pagi lagi walaupun hujan di bandar Kota Kinabalu, ayah dan emak kami teringinkan makan roti canai maka kami terus ke Plaza Likas . Roti canai mamak juga dicari. Nama Restoren Bismillah, sebaik namanya begitulah juga layanan diberikan. Pelik juga apabila semua orang mahu makan Roti Canai seorang 2 keping, orangnya ada 6 sahaja tetapi order makanan sampai 15 keping siap tambahan mee goreng lagi. Kami menggilai ketawa, apabila teringatkan peristiwa ini. Mahu tidaknya, semacam kemaruk dan semacam mahu melantak sahaja. Seusai di Kedai Mamak Bismillah, kami meneruskan agenda pagi Jumaat ini untuk ke Pasar Filipino. Jam menunjukkan 9.20 pagi, Hotel Treelittle Urban Inn belum di “