Posts

Showing posts from February 9, 2020

KAYAK HARI KE :2 PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 13 DISEMBER 2019 ( JUMAAT )

Selesai JUNGLE TREKKING...dari jam 8.00-10.30... Apa yang berlaku seterusnya? Anakanda Nurin Alifah Amani dan Muhammed Muizzudin mengajak cikgu bermain kayak. Harga yang sangat murah iaitu RM5 sekali main. Main kayak sampai lebamlah ni. Keseronokan bermain kayak pada hari kedua, menyebabkan kami tak sedar sudah melewati jam 3 petang..Puas hati kata anak-anak

HARI KE :2 PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 13 DISEMBER 2019 ( JUMAAT )

Image
PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 13  DISEMBER 2019 (JUMAAT ) JUMAAT 13.12.2019  Allahumma solli Ala muhammad. Hari kedua kami keluar berempat, ayah dan mak mertua cikgu berehat kerana sebelah awal pagi sedikit hujan. Malam pertama tidur di Banglo persekutuan, memang sejuk tak ingat. maklumlah banglo dikelilingi pokok-pokok. Pagi-pagi lagi kami decide keluar ke area Taman Rempah . Taman Rempah boleh dilalui menggunakan laluan darat. Taman Rempah seberang pulau sahaja. Maka kami anak beranak berjalan sambil melihat flora dan fauna. Muka anakanda cikgu, Muhammed Muizzudin yang ceria dan paling ligat .  Ini gambar posing tak ingat...saja, ala-ala model Majlis Perhutanan Negeri terengganu gitu.  Gambar atas ni..adalah PERADUAN MENCARI ORANG TERSEMBUNYI? Jumpa tak orang tu?  Seusai kami tiba di Taman Rempah, di sana terdapat air herba yang sudah siap direbus dan tersedia untuk kami minum. Terdapat pelbagai spesis yang jarang-jarang dapat dilihat akan herbanya