Posts

Showing posts from April 24, 2011

ANTARA PENCURI PECAH RUMAH & HARI LAHIR MUIZ KE 5

Image
Salam buat semua .. Lama tidak kucoretkan dilaman ini... Tanggal Jumaat 11/03/2011 bulan lalu, dalam 1.30 pagi hingga 4.00 pagi (pagi 12/03/2011)..14 buah rumah dikejiranan SBCR Saujana Utama dipecah masuk..4 buah rumah yang benar-benar berjaya dibawa lari semua barang-barang berharga . Salah satu rumah tu..rumah saya.Alhamdulillah kami berempat selamat, tatkala itu kami sekeluarga tidur di bilik master bedroom yang selalunya hanya aku ,anak lelakiku dan isteri sahaja berulit mimpi disitu. Masyaallah malam itu anak sulungku tidur sekali, almaklumlah keesokan harinya dia hendak berMUQAYYAM di Hulu Langat..Takut rindu katanya, malam seterusnya tak dapat tidur sekali... 6.05 pagi..."Abangggggggggggggggggggggggggggggg, hu..hu..hu..hu.., LCD Plasma kita dah takde..rumah kita pencuri masuk..jerit panjang isteriku ketika turun ke tingkat bawah untuk persedian kakak bermuqayyam...aku terjaga terpinga-pinga terus menerpa kebawah..kalau tak hati-hati mau tergolek tersadung antara tangga-