28.01.2019 ANAKANDA MOHD MUIZZUDIN KE SAM MAHMUDIAH SABAK BERNAM
Bismillah.. Allahumma Solli Ala Muhammad TIP MENJAGA HATI ANAK REMAJA. .. BILA DAPAT MASUK SEKOLAH ASRAMA. MAHU ATAU TIDAK MAHU? Pengalaman anak lelaki dengan anak perempuan lain benar apabila ibu ayah menerima tawaran anak masuk sekolah berasrama?.. Pengalaman cikgu buat anak lelaki ini, tambahan sudah hampir 24 hari di sekolah harian biasa dan sudah memilih Kelas Aliran Agama memang mencabar juga. Maklumlah sudah terpilih sebagai Setiausaha Kelab dan bakal dilantik Pengawas.. Namun Allah rezekikan beliau ditawarkan sekolah berasrama. Pertama paling asas perlu kita ibu ayah buat pertimbangan supaya anak remaja ini buat keputusan sama ada nak stay atau nak ke sekolah terbaru, lebih kurang yang cikgu catatkan di bawah ini. 1. TANYA DARI HATI KE HATI.. Kadangkala ibu ayah ada "tendency" menggunakan kuasa veto bahawa anak kena ikut hasrat hati kita. Waktu saya maklumkan tentang tawaran diterimanya, anak siap cakap.. Biar dia istikharah dulu.