Posts

Showing posts from October 12, 2014
TRAVELOG NURIN KE THAILAND –PART 4 ( SABTU 14/12/2013) Pagi-pagi lagi , saya bertanya baba dan mama “ pergi ke pasar kain tak semalam?”, jawab baba-“kita semua tidur terkapaq (bahasa Kedah- tidur mati) tak sedar semua. Pagi ini baba pergi belikan sarapan bersama Muiz , mencari roti canai dan teh panas. Alhamdulillah saya dan mama berehat dulu sambil kemas segala barangan dibeli beserta pakaian yang sudah dipakai. Sedar tak sedar rupanya hari ini hari terakhir saya berada di NegeriThailand ini, terasa macam sudah sekejap di sini. Baru 3 hari 2 malam sudah hendak balik ke Malaysia, mungkin sebab jadual baba buatkan memang padat dan seronok sangat kut. Jam 10.20 pagi kami “check-out” hotel dan sempat bergambar di hadapan pintu hotel. Selepas mengambil passport antarabangsa, kami bertolak ke destinasi menarik dan cantik iaitu Muslim Food Court , Hatyai Muncipal Garden dan Ice Dome (ditutup untuk selenggara), cuma dapat mengambil gambar kenangan dan bersiar-siar di taman yang penuh de

KEMBARA ILMU DI VIETNAM -"landing dibuminya"

Image
(Sambungan....berserta photo masuk pada 23/10/2014) 2.00 Wah mula bergerak ke balai pelepasan dgn aero train.Kali ini kami menaiki flight Vietnam airline...sepanjang penerbangan alhamdulillah selesa , cuma akibat dari sedikit kelaparan anakanda nurin pening, selesai makanan dihidangkan...ehem sedap boleh tahan..berselera nampaknya terutama Muiz dan bapa Muiz...Anakanda Nurin terus hilang lapar tapi masih bengal kepala...ya lah Di aras ketinggian 30000 meter tu. Penerbangan mengambil masa 2 jam lebih alhamdulillah tiba jam 4.20 di Airport Ho Chin Minh. Setiba di lapangan terbang..selesai sahaja urusan imegrasen kami dijemput menaiki bas pelancong terus di bawa ke Masjid Rahman Di pusat bandar. Sebelum tiba..kami segera ditawarkan simkad phone dengan harga Dong Vietnam RM100000, lebih kurang RM 15 untuk data bundle dan internet. Lebih kurang 15 minit kami tiba Di masjid Rahman , menariknya masjid ini adalah usahasama Rakyat Malaysia dan Indonesia...Bagi yang belum solat

KEMBARA PENANDA ARAS DI BUMI VIETNAM 2014

Image
HARI PERTAMA 18.10.2014 sabtu..5.00 pagi lagi Aku dan isteri bangun awal , terus solat insyak serta sempat bertahajjud munajat semoga Allah permudahkan musafir hari ini. Selesai solat sun at, cepat-cepat saya ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi..nasi makan malam semalam masih banyak , alhamdulillah dibuat nasi goreng. Sementara menunggu subuh sempat buat checklist barang penting ke Vietnam kali ini. 1)Passport dan kad pengenalan 2)Sticker lekat dibagasi 3) Charger HP dan of course HP 4) Ubat-ubatan 5) Bekalan makanan. 6) Cenderamata dan hadiah Jam 7.50 mula bergerak ke Sekolah SMK Seksyen 24 (2) . Dalam perjalanan pergi, isteriku menghubungi IBU dan ayah di kampung memohon restu dan doa semoga selamat pergi dan pulang. Jam 9.15..semua peserta sudah mulai tiba termasuk bas beserta van utk ke klia. Keterujaan kali ini dimulai dgn doa oleh ustaz Zaidi. Bermulalah travelog kami ke Vietnam. 11.00 pagi setiba kami Di Klia .. 12.00 Check in boarding pass ...menunggu saat jam