Posts

Showing posts from 2019

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)

Image
PERJALANAN DARI SUNGAI BULOH SELANGOR KE TASIK KENYIR TERENGGANU KHAMIS 12.12.2019 . Kami memulakan ekspedisi ke Tasik Kenyir pula selepas hampir lima hari pulang dari siri cuti di Kundasang Sabah. Mencabarnya percutian ke Tasik Kenyir ini, kami tetap membawa bersama Mak dan Ayah mertua bersama, di mana mak mertua matanya tidak nampak manakala ayah mertua pula takut air @Aquafobia. Kali ini, kami bertolak dari Saujana Utama Sungai Buloh jam 9.20 pagi . Pada asalnya, kami bercadang keluar awal selepas Subuh, tetapi apabila disusun atur segala persiapan, lewat juga bergerak ke  Terengganu. Setiba dipertengahan perjalanan area Rimba Templer , ada pula barang Mak Ayah Mertua tertinggal di rumah..huh, mahu patah balik, alamatnya lepas Asar baru tiba ni. Nasib baik isteriku, beri solusi barangan hadiah dari Sabah tu kita pos balik dari Kenyir nanti. Perjalanan kami melalui Gombak , Bentong dan Karak sehingga ke Kuantan (Laluan LPT 1) . Jam 11.30 kami sudah tiba di RnR Temerl