RAYA KETIGA MENYAMBUT HARI LAHIR BONDA MERTUA
07.06.2019 Jumaat nan indah. Seusai Solat Jumaat kami meneruskan raya ke rumah atuk sebelah isteri abang long Saifudin Dolhalit. Saat itu juga, adik-beradik sebelah isteri cikgu sedang dalam perjalanan menyambut raya sebelah Melaka. Sekeluarga dari Kuantan, dan dari Banting. Jam 7.30, sudah tiba ke rumah Kak Lis Quraisin dan Abang Hisyam yang saban tahun menjadikan rumahnya meraikan lebaran. Tahun inj, lebih bertuan apabila sambutan Hari Lahir Bonda mertua turut diraikan di situ. Segala jasa kalian semoga Allah ganjari keberkatan dunia akhirat. Solat bersama. Doa bersama. Ketawa bersama. Menangis bersama. Makan bersama. Syukur atas nikmat karunia ilahi ini.