ANTARA PENCURI PECAH RUMAH & HARI LAHIR MUIZ KE 5




Salam buat semua ..
Lama tidak kucoretkan dilaman ini...Tanggal Jumaat 11/03/2011 bulan lalu, dalam 1.30 pagi hingga 4.00 pagi (pagi 12/03/2011)..14 buah rumah dikejiranan SBCR Saujana Utama dipecah masuk..4 buah rumah yang benar-benar berjaya dibawa lari semua barang-barang berharga . Salah satu rumah tu..rumah saya.Alhamdulillah kami berempat selamat, tatkala itu kami sekeluarga tidur di bilik master bedroom yang selalunya hanya aku ,anak lelakiku dan isteri sahaja berulit mimpi disitu. Masyaallah malam itu anak sulungku tidur sekali, almaklumlah keesokan harinya dia hendak berMUQAYYAM di Hulu Langat..Takut rindu katanya, malam seterusnya tak dapat tidur sekali...

6.05 pagi..."Abangggggggggggggggggggggggggggggg, hu..hu..hu..hu.., LCD Plasma kita dah takde..rumah kita pencuri masuk..jerit panjang isteriku ketika turun ke tingkat bawah untuk persedian kakak bermuqayyam...aku terjaga terpinga-pinga terus menerpa kebawah..kalau tak hati-hati mau tergolek tersadung antara tangga-tanga mozek itu.
"Barang-barang satu beg untuk perkelahan kakak pun turut lesap, Laptop aku turut lesap, ha..TV di tingkat atas pun tiada..maknanya si pencuri sempat ke atas untuk angkut TV gedabak (Kata Muiz), paling aku sedih dan aku lelehkan air mata jantanku yang aku tahan ,sewaktu aku mendapati beg sandang Diadora yang disayangi anakku untuk ke tadika turut disapu...Tidak pernah aku melihat Muhammad Muizzudin dan Nurin Alifah Amani meraung sebegitu kuat , hiba,sayu, tersekat-sekat, sampai Nurin BERDOA dengan kuat " Ya ALLAH engkau matikan PENCURI INI SEKELUARGA"..malahan anak lelakiku pula benar-benar menangis sambil memeluk lututku erat hingga susah aku hendak bergerak, kerana barang paling berharga baginya adalah kotak pensil berbentuk kereta sport hadiah isteriku ada dalam beg itu..

Aku hanya mampu berkata kepada ahli keluargaku..ALHAMDULILLAH Syukur pada Allah kita berempat selamat dan tidak diapa-apakan .. Satu lagi yang memang aku sekeluarga bersyukur kerana ROBOT pemberian Uncle AMMAR kepada Muiz tidak diusik & diangkut sekali..

Sesudah Subuh Kakak sudah patah semangat untuk ke Rehlah Muqayyamnya..Aku gagahi jua ,dengan nada memujuk.." Kakak pergila Muqayyam ..biarkan apa yang berlaku ini.. Baba & Mama handle sebaik mungkin"..Akhirnya kakak mengalah...


Hari ini Isnin, 25/04/2011 Hari lahir anakku Muhammad Muizzudin yang ke 5, semalam kami sekeluarga menunggu detik jam 12 malam untuk membuat kejutan...Nama pun kanak-kanak jam 11.45 malam Muhammad Muizzudin dah minta susu dah nak tidur katanya..Pagi sebelum dia ada bertanya " Baba, esok besday Muiz ke?" aku buat dengar tak dengar je.."Esok 26/04 ..esok takde 25/04..jadi besday Muiz tunda tahun depan".Usik aku pada Muiz. Ia ke Ba? ..begitulah Muizzudin yang tak reti nak minta apa-apa..Redho aje dengan kata-kataku...Sebelah petang sebelumnya, aku sekeluarga dah pun beli jajan-jajan untuk disedekah-sedekah untuk rakan-rakan taskanya..Gembira bukan kepalang lagi Muiz...Waktu jam tepat 11.50 malam..aku buka YOUTUBE dari Laptop baruku dan padamkan lampu..saat itu isteriku konon-konon kebawah membuat susu membuka perlahan -lahan pintu bilikku dan serentak dengan nyanyian Selamat Hari Jadi dari Upin-Ipin...TERKEJUT dan tertanya-tanya si Muiz ini..bila terpandang KOTAK berbunya-bunya dari kami ...Lantas kami buka & tunjukkkan BEG UPIN & IPIN yang baru..... Muhammad Muizzudin terus memeluk AKU, ISTERIKU, NURIN kakaknya ..meraung menangis penuh perasaaan , .....kerana BEG HADIAH dari aku & isteriku serta kakak..Kali ini aku benar-benar bersyukur kerana aku dapat menggantikan beg kesayangan Muiz yang dicuri terdahulu....AKU PASTI TANGISAN INI PUNYAI MAKSUD yang Jauh berbeza dari Tangisan pada pagi Suram Sabtu 12/03/2011i tu, SYUKUR Alhamdulillah..hanya Engkaulah Allah Tuhanku yang memberi nikmat ini SELAMAT HARI LAHIR KE 5 Anakku Muiz

Comments

Ieja said…
alhamdullilah semuanya selamat....
Salasiah Ammar said…
sedih cicik bile nurin doa cmtu...;( tapi nasib baik semua selamat...

judin, selamat hari jadi...;)

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)