Dalam hidup Nikmat datang sekali sekala, tetapi kesyukuran pada ALLAH itu perlu sentiasa"


( Iktibar kata-kata " Dalam hidup Nikmat datang sekali sekali, tetapi kesyukuran itu perlu sentiasa")

Cerita bermula tentang sepasang suami isteri yang hidup bahagia penuh SAKINAH,MAWADDAH & ARRAHMAH..punyai rumah luas, kereta yang selesa, jiran yang baik...Suami yang taatkan perintah Allah...ISTERI yang yang mentaati suami
..Suaminya pulang disambut wangian & segelas air, menjelang malam dipicitnya badan supaya lega..bersolek indah hanya buat si ABANG (suami) ....Sungguh sakinah bak dikata..Satu tabiat ISTERI orangnya pentingkan PERFECTION , salah letak disusun semula, katil dihias bak mahligai dunia, dapur kemas sentiasa terjaga walau hari-hari masak tak kira masa..senarai kerja nak buat dah tercatat untuk seminggu ...siap ada nota apa nak belanja... .cuma bertahun menunggu belum punyai cahayamata...Berkat doa kedua-dua mertua & ibubapa....Tak lama kemudian mereka berdua dapat berita...Doktor sahkan isteri mengandung ...Gembira mereka tidak terkira..nak jadi cerita Anak lelaki bakal lahir kedunia...Maka si ISTERI sibuklah siapkan bilik anaknya , baju dibeli dari umur dr lahir hingga 6 tahun, mainan tersusun dibeli siap siaga...Maka lahirlah bayi lelaki yang comel..membesarlah ia..namun Allah maha kaya..anaknya Lelakinya nakal dan suka menyepahkan benda..habis tunggang langgang rumahnya bak tongkang dilanggar garuda...Dikemas diruang tamu..dibelakang disepahkannya..Akibat geram si isteri selalu merotan , mencubit lebam-lebam dah disuruh minta maaf " Minta ampun Along tak buat lagi"...Anak Lelakinya ini pantang pada kertas & Surat khabar, kalau jumpa nescaya dirobek-robek dicarik-carik dibuat bukit sampah kertas...Satu hari si maknya terjumpa sahabat lama ..lalu diajak kerumahnya..Petang itu seperti biasa disusun sofa, disapu lantai,diatur masakan dimeja, dimasak bihun goreng buat menyambut tetamu tiba...Namun si anak menunggang langgang semua.....Maka emaknya mengejar anaknya..lalu anak ini ketakutan dan lari keluar dari rumah menghala ke Jalanraya..Tiba-tiba.. emaknya terasa percikan sesuatu pada mukanya...dilap, ditelapak tangannya penuh darah..Rupa-rupanya itulah percikan darah anak lelakinya.lalu segera di papah anak yang penuh darah bersimbah penuh dibajunya ...diangkat masuk ke kereta..lantas terus laju ke hospital...dengan kata-katanya " Ya Allah berilah peluang hidup kepada anakku, biarlah dia menyepahkan rumahku..asal Kau beri peluang bernafas kembali"...Apabila sampai di Wad Kecemasan...bertungkus -lumuslah paramedik & doktor cuba membantu. Di luar si ibu mundar mandir menanti berita ..Apabila Doktor tiba..ditutup pintu wad bedah perlahan-lahan..dihampiri si ibu itu ..Tertanya -tanya apakah doanya dimakbul ilahi...Doktor hanya menggeleng kepala..puas dicuba ..dirawat & dibedah tetapi ALLAH Maha Kuasa sebagai Pencipta..Anak itu pulang ke Alam Baqa..Meraunglah si ibu. disangat itu dia hanya mampu Redho..kerana nikmat mempunyai anak seketika itu barulah terasa punyai harga..Setelah selesai pengkebumian...Lantas ibunya pergi ke Tong sampah tempat dibuang longgokan robek-robek & carik -carik sampah mainan anaknya...sambil berkata..."Anakku sekiranya diberi Peluang kedua...carik & robeklah semua kertas yang ada...nescaya ibu tidak akan marahkanmu lagi"....Renung-renunglah...

Comments

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)

PLKN BACTH 8 siri ke 3, 2011