UJIAN ALLAH 2012 -PART 2

Alhamdulillah...Maha benar & Adil Allah itu, dalam KESAKITAN ADA KEMANISAN, DALAM UJIAN ADA KEPRIHATINAN...Detik anakanda Muiz dibedah apendiksnya pada malam 09/01/2011...jam 7.30.00 -10.4o malam itu mengambil waktu yang panjang...apabila terdengar sahaja sorongan katil berada & tanda "best" yang diangkat oleh Pembantu perubatan..debaran kencang tadi beransur reda..Lantas susuk tubuh terkulai layu di katil sorong itu menyebabkan bergenang air mataku " Aku Ayah, mesti kuat", pesanan untuk diriku...Lantas Ketua Pakar Bedah malam itu bernama Dr Azrin menerangkan secara terperinci berkenaan pembedahan ke atas anakandaku.." Maaf En..cik? Shah Bina! cepat sahaja balasanku, "Begini, anak tuan alhamdulillah berjaya dibedah dengan jayanya..pihak kami telah berjaya memotong apendiknya dan juga kami nak maklumkan kepada tuan bahawa apendiknya sudah pecah di dalam perut serta bernanah!, " Ya Allah, aku benar-benar tersentak kali ini...sambung Dr Azrin lagi, " disebabkan itu , kami mengambil masa hampir 2 jam dan pada awalnya memang kritikal & Alhamdulillah "respond" dia (Muiz)baik & sekarang Stabil!."ada apa-apa pertanyaan?, aku cepat-cepat ucapkan " Terima-kasih doktor, terima kasih doktor"...Anakandaku telah diletakkan di ruang pemulihan..dengan penutup Oksigen masih dihidung & mulutnya...Ayat pertama yang keluar dari Mulutnya..."Baba mana?", .baru aku teringat pada masa 7.40 petang pada awal disorong ke bilik bedah, Muiz diiringi ibunya .Setelah proses bedah berjalan barulah aku bertukar dengan isteri..Aku hanya mengetap bibir menahan air mata dari jatuh...aku ucapkan salam "Assalamualikum..Muiz, Muiz ni baba nak. Bila jarinya memegang erat tanganku..aku percaya bacaan Yasin & Munajatku pada Allah Yang Maha Penentu tadi semasa dibilik menunggu telah dijawab. Jam 11.30, anakandaku ditukar ke wad 8C katil 12...malam ini aku bermalam menemaninya, demi semangat bapa..Kakaknya bersama ibu pulang dahulu kerana esok kakak tetap ke sekolah...itu janji kakak "Walau apapun..ilmu disekolah tetap di cari...`


Orang pertama yang muncul disangat kami berempat di sini...Pak Ciknya Muiz bernama Azhan (Saudara paling rapat & dekat rumah kami)..terima kasih sangat2..atas budi tuan tak terbalas rasanya...Juga buat Maklong Farihah, Cicik Salasiah & Uncle Amar..dan Saudara & teman-teman di Kedah & Melaka, di facebook yang mendoakan kami dikejauhan..Kami pasti tidak mendengarnya..Namun Allah Mendengar


Comments

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)

PLKN BACTH 8 siri ke 3, 2011