UJIAN ALLAH 2012

Segala yang ujian yang datang ada hikmahnya...KAMI REDHO PADAMU YA ALLAH..kerana kami hamba dan ciptaanmu..Maka kepadaMu kami menyerah & bertawakal...anakandaku mengadu sakit perut menyucuk-nyucuk sejak dari hari Jumaat sebelum bertolak dari Rumah kami di Sg.Buloh ke Banting pada jumaat 06/01...Sebagai ayah& ibu yang prihatin...kami gosokkan minyak...Alhamdulillah baik, 07/01 Pergi ke Pantai Morib siap berkhemah .. namun bila Sabtu petang itu selepas makan tengahari yang disediakan oleh Mak Longnya...sekali lagi Mohammed Muizzudin mengadu sakit yang amat sangat..pukul 4 kami bergerak pulang dari Banting...sampai di Sg.Buloh terus ke Klinik Dr Bahiah...oooo Sembelit kata Doktor, malam itu kami berselera makn di Sup Ani Utara...namun sedikit pelik bila Muiz tidak habis makan sepinggan nasi,...emm..mungkin penat getus dalam hati ini...Alhamdulillah pagi 08/01 Ahad nampak Muiz dah berak-berak tidak sembelit lagi..Jam 11 pagi sekali lagi Muiz mengadu sakit semula..aku sediakan tungku batu..dan ku oleskan sedikit minyak diperutnya...dan tuamkan dengan tungku suam-suam..jam 5.30 petang ...Wah Muiz semacam baik .."Jom Baba petang ni kita kayuh basikal ..nak?"..ayat sepesen yang selalu-selalu beliau guna..Lantas hati begitu gembira...Sebaliknya sebelah malam Muiz tidak mampu berdiri tegak...Aku cemas! tepat jam 11.58 aku bawa anakanda muiz segera ke Hospital Selayang...tetapi Muiz sudah tidak mampu menahan kesakitannya itu...aku lencongkan keretaku ke hospital Sg.Buloh...Itulah dinamakan KETENTUAN ALLAH...di hospital ini Muiz buang air besar dengan banyak.."Baba jom balik lah ..dah kurang sakit", ...memandangkan terlalu ramai insan yang menunggu, jam sudah 2.05 pagi..aku gagahi membawa pulang Muiz ke rumah..nak tidur dengan Mama katanya... Isnin 09/01/2012..selepas sahaja menghantar Kakak ke Sekolah..Aku & Isteri bergegas ke Hospital Selayang Wad Kecemasan..benar Hospital Selayang menjadi saksi bisu diwaktu Muiz dilahirkan mempunyai "Rekod" sebelum ini...kami sangkakan "Hernia" angin pasangnya kembali...rupa-rupanya Apendiksnya sudah pecah ...PEMBEDAHAN TAHAP SEGERA perlu dilaksakan...masuk ke Wad Kecemasan pukul 10, ke Wad 8c untuk proses puasa..jam 5 petang menandatangani surat kebenaran...7.30 selepas Maghrib...proses ujian ALLAH INI DILAKSANAKAN.....Alhamdulillah hari ini 12/01/2012 Muiz sudah boleh disuapi bubur....(Update akan datnag lagi...Terima kasih atas kesudian membaca entri in)



Comments

Ieja said…
moga muiz cepat sembuh...sebak bila baca n3 ni...

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)

PLKN BACTH 8 siri ke 3, 2011