CAMERON HIGHLAND - 1st PERCUTIAN TAHUN 2015 (Part 1)

Jumaat 01/05/2015 jam 2.30 petang Assalamualaikum ...kali ini kami bercuti ke Cameron Higlands sempena cuti singkat Hari Pekerja 2015 beserta cuti Wesak. Maka cuti bermula dari Jumaat -Isnin. Percutian ini juga sebagai hadiah buat kakak Nurin Alifah Amani yang sudah melepasi juzu' kedua hafazan AlQuran dan juga hadiah besday 2015 anakanda Muiz.. Sememangnya perjalanan yang telah kami tempoh memang diluar-jangkaan, bayangkan kami memulakan perjalanan memasuki lebuhraya PLUS jam 3.00 petang berlarutan sehingga jam 11 malam baru tiba ditanah rata. Kebiasaannya 2-3 jam andai mengikuti Jalan Tapah 3-4 jam melalui Simpang Pulai Perak..Namun Allah tetap izinkan kami melangkah ke Tanah Tinggi ini dan kami menginap di Hotel yang siap ditempah seminggu sebelum iaitu Hotel Cool Point di Tanah Rata. Bagi tuan-puan yang ingin bercuti ke Cameron Highland, ini senarai hotel yang boleh dihubungi : Tanah Rata 1) Hotel Cool Point Hotel 054914914 Rate -RM150-RM100 (Belakang Hentian Bas & Teksi Tanah Rata) WIFI di lobby Bilik Luas (Makan /Minum upon request)
2)Hotel Sun Birds 054911111 Tanah Rata WIFI setiap bilik kurang luas tetapi selesa (Kemudahan Kedai Makan /Minum hanya di bawah Hotel dan terdapat Watson) Salah satunya Restoren ERRA ..style Buffet terutama Breakfeast RM 5 seorang..puas makan
3) Madani Hotel- 054914080 Tanah Rata Sebelah Sun Birds Hotel 3) Rose Chalet -054912787 Taman Sedia, Tanah Rata (Kawasan Ladang Strawberi AlManshoor) -Menginap pada tahun 2009, belakang mempunyai ladang kobis Sebelah Surau 4) Country Lodge Resort -054912288 Brinchang Bahagian atas sedikit dari Tanah Rata - Dekat kawasan membeli belah barangan basah dan sayuran Selalu sesak Ok...next boleh google ye..he..kira teaser la ni

Comments

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)

PLKN BACTH 8 siri ke 3, 2011