Posts

Showing posts from 2018

AIDILFITRI 2018-2 SYAWAL 1439H 16/06/2018 SABTU

Image
Kepenatan malam semalam Hari pertana Syawal menyebabkan pagi ini jam 6.30 pagi baru tersedar. Pagi-pagi lagi Cikgu SB keluar membeli canai kedai mamak, maklumlah kedai makan Melayu belum lagi buka. Hari ini, Cikgu SB sekeluarga ke Kg Tembak B Kuala Ketil bagi menziarahi kubur Bonda. Sebelum ke sana sempat mengenal jalanjdan singgah di Bandar Puteri rumah Kakak Adibah namun hanya ada Abang Long Dan Sis Izati.  Jalan seterusnya adalah bersilaturahim dengan keluarga Mertua Anakanda Saudara Halijah & Ayah Emak Iwan  di Bukit Selambau.  Jam 12 jugak baru bersama sama konvoi ke Kuala Ketil dan juga ziarah Mak Saudara Bonda iaitu Mak Teh Sofiah @Yah di Felda Teloi Kanan di mana di sana juga bersemadi jasad nenek yang menjaga Cikgu sejak sebesar tapak tangan sehingga usia 12 tahun.. mohon Alfatihah buat Bonda Dan nenda Cikgu SB...Alfatihah. Hari ini ju Kemeriahan hari ini juga terasa benar apabila berkumpul sanak saudara di rumah Makteh Yah yang Cikgu SB Kira tempat berkumpul se

AIDILFITRI 2018 KEDAH -1 SYAWAL 1439H #1

Image
Allahu Akbar.. walillah ilham. Seawal pagi kami sarapan mengambil barakah Sunnah pagi SYAWAL. Hampir 2 kali AIDILFITRI beraya awalnya di Melaka, walaupun setiap tahun balik Raya ke Kedah. Tahun lepas Raya ke 3 balik ke Kedah. Tahun 2018 terbalikkan ja. Jam 7.45 dah tiba di Masjid Sultan Abdul Halim. Ingat jam 8 start solat, rupanya jam 9. Alhamdulillah usai Solat Sunat Aidilfitri, tak sempat khutbah kalut nak buang air tapi Tandas penuhhhh. Ke Petronas la kita. Siap dapat panggilan dari mama Alwardah dan Kak long Nurin. Balik terus bersalam salaman. Semua gembira tiada sesi drama ke apa ke. Jam 11.00 bergerak ke Batu Lintang pekena Nasi hujan panas di rumah Maksu Safura mak sedara Cikgu yang masih ada sebelah ayah. 12.00 terus bertandang ke rumah anak sedaraku Naimah Azizan di Teluk Wang dan solat di Masjid bersama dengan tuan rumah Azlan suami Naimah. Jam 2.00 -4.00 bergerak ke Sanglang terus ke Masjid Abrar untuk menziarahi kubur arwah bapaku Ahmad Ali, sayu hati in