AIDILFITRI 2018 KEDAH -1 SYAWAL 1439H #1

Allahu Akbar.. walillah ilham.

Seawal pagi kami sarapan mengambil barakah Sunnah pagi SYAWAL.

Hampir 2 kali AIDILFITRI beraya awalnya di Melaka, walaupun setiap tahun balik Raya ke Kedah. Tahun lepas Raya ke 3 balik ke Kedah. Tahun 2018 terbalikkan ja.

Jam 7.45 dah tiba di Masjid Sultan Abdul Halim. Ingat jam 8 start solat, rupanya jam 9. Alhamdulillah usai Solat Sunat Aidilfitri, tak sempat khutbah kalut nak buang air tapi Tandas penuhhhh. Ke Petronas la kita.

Siap dapat panggilan dari mama Alwardah dan Kak long Nurin.

Balik terus bersalam salaman.
Semua gembira tiada sesi drama ke apa ke.

Jam 11.00 bergerak ke Batu Lintang pekena Nasi hujan panas di rumah Maksu Safura mak sedara Cikgu yang masih ada sebelah ayah.

12.00 terus bertandang ke rumah anak sedaraku Naimah Azizan di Teluk Wang dan solat di Masjid bersama dengan tuan rumah Azlan suami Naimah.

Jam 2.00 -4.00 bergerak ke Sanglang terus ke Masjid Abrar untuk menziarahi kubur arwah bapaku Ahmad Ali, sayu hati ini, mengenangkan arwah kesayanganku. Usai di situ terus sahaja menziarahi Keluarga di situ.

Jam 7 petang terus ke Taman Mas Merah berkunjung Raya rumah lamaku menetap dulu bersama Kekandaku Farihah yang kini bersara serta menetap Situ.

Jam 11. Balik semula ke Sungai Petani ..jam 1 pagi tiba, Ya Allah mengantuknya.. tapi puas berjalanlah.

#Done Raya 1 SYAWAL.
















































Comments

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)

PLKN BACTH 8 siri ke 3, 2011