27 September 2018 FENOMENA PASKAL THE MOVIE

 Filem ini memang terbaik, apabila anak saya Mohd Muizzudin minta, ibu ayah tumpang sekali..

Berkisar tentang perjuangan.. ANTARA NEGARA & KELUARGA..

 "kedua-dua adalah sama penting"-
Leftenan Kolonel Arman.

#Reward habis upsr anakanda Mohd Muizzudin filem patriotik.

Saya bagi 8/10 bintang!
Kali ini tak sempat tidur!

PASKAL

Movie terbaik antara filem perang atau aksi yang pernah dihasilkan oleh produksi negara

15 minit pertama untuk scene Bunga Laurel Teluk Aden ditawan sudah cukup mengagumkan samada cerita, taktikal, peralatan.

15 minit pertama tayangan akan buat anda seolah dipaku di kerusi. Terpegun dengan kelincahan anggota PASKAL.

Dan 15 minit pertama sudah cukup mengiyakan filem ini adalah filem terbaik hingga ke akhir cerita.

Tak ada unsur cinta tapi lebih kepada nilai kekeluargaan dan fokus menunjukkan kepada kerjasama pasukan berbanding cerita2 special force yg lain sebelum ini.

Tahniah kepada pihak MINDEF, ATM, TLDM, agensi yang berkait dan para pelakon yang menjiwai watak sebagai anggota KOMANDO PASKAL. Terima kasih atas kerja keras produksi filem yang bawakan filem yang bermutu tinggi ini.

Taktikal PASKAL mantap
Bunyi tembak cukup padu.
Plot kemas.

Aset dan teknologi paskal superb.
TTS hebat.

Overall cerita padu, marketing je kurang.

8/10
SALUTE

27.09.2018
Gsc Setia Alam






Comments

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)