28.01.2019 ANAKANDA MOHD MUIZZUDIN KE SAM MAHMUDIAH SABAK BERNAM

Bismillah.. Allahumma Solli Ala Muhammad

TIP MENJAGA HATI  ANAK REMAJA. .. BILA DAPAT MASUK SEKOLAH ASRAMA. MAHU ATAU TIDAK MAHU?










Pengalaman anak lelaki dengan anak perempuan lain benar apabila ibu ayah menerima tawaran anak masuk sekolah berasrama?..

Pengalaman cikgu buat anak lelaki ini, tambahan sudah hampir 24 hari di sekolah harian biasa dan sudah memilih Kelas Aliran Agama memang mencabar juga.

Maklumlah sudah terpilih sebagai Setiausaha Kelab dan bakal dilantik Pengawas.. Namun Allah rezekikan beliau ditawarkan sekolah berasrama. Pertama paling asas perlu kita ibu ayah buat pertimbangan supaya anak remaja ini buat keputusan sama ada nak stay atau nak ke sekolah terbaru, lebih kurang yang cikgu catatkan di bawah ini.

1. TANYA DARI HATI KE HATI..
Kadangkala ibu ayah ada "tendency" menggunakan kuasa veto bahawa anak kena ikut hasrat hati kita. Waktu saya maklumkan tentang tawaran diterimanya, anak siap cakap.. Biar dia istikharah dulu. Hari pertama dan kedua anak cikgu belum beri keputusan. Akhirnya dia cakap.. InshaAllah, saya nak ke sekolah itu.

2.BUAT CARIAN & CARI KOMENTAR DI GOOGLE, KALAU MAMPU.. BUAT LAWATAN DULU..
Pada peringkat ini cikgu mengambil penuh tanggungjawab untuk melihat video di youtube dan melihat komen ibu ayah yang pernah menghantar anak di sekolah itu.. Dua hari lalu juga, cikgu bawa anak lihat sekolah yang bakal didiami dan tempat belajar anak, lihat tandas, lihat surau, lihat anak anak pelajar di situ.. Lihat kemudahan dan juga kebersihan.. Anak sebut ok.. Selesa!

3.BERIKAN KEYAKINAN BAHAWA ANAK BOLEH BUAT KEPUTUSAN BETUL.
Anak yang baik pasti risau tentang ibu ayah, siap tanya baba ok ke.. Of course okey sahaja, maklum ada melibatkan impak kewangan, mamanya pula? ... Siap cakap mama jangan nangis bila saya di asrama. Itu bayangan bahawa anak kita yakin akan pilihannya.

4. BUATKAN AGGARAN BELANJA & SIAPKAN SEGALA KEPERLUAN.
Perkara pertama ibu ayah perlu buatkan list perkara yang kena beli dan perkara yang tidak perlu beli guna barangan sedia ada.. Berikanlah masa buat anak rasai sendiri dan fahami uruf atau budaya di sekolah baru nanti. Kalau anak decide taknak masuk sekolah ditawarkan.. Jangan ibu ayah sibuk beli barang sebab nak wujudkan perasaan kesian.. Nanti emosi anak terganggu sebab terpaksa.

5.DOKUMEN & FAIL DARI SEKOLAH LAMA.
Pastikan anak kita maklumkan guru kelas tentang penerimaan beliau ke sekolah baru. Maklumkan tentang keperluan fail peribadi untuk dibawa bersama.
Siapkan segala pengisian borang tentang maklumat diri  anak serta salinan kad pengenalan, surat lahir, salinan keputusan peperiksaan lalu, bayaran yuran dan bayaran asrama serta bayaran koperasi.

Alhamdulillah, petang tadi sebelum balik.. Anak kami dah mula pergi saringan badminton untuk pilihan wakil sekolah.. Siap babai suruh pandu helok helok...Semoga berjaya nak!

Waaaa..waa!

Cikgu SB Transformasi Minda


Comments

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)

PLKN BACTH 8 siri ke 3, 2011