PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)
PERJALANAN DARI SUNGAI BULOH SELANGOR KE TASIK KENYIR TERENGGANU
KHAMIS 12.12.2019 .
Kami memulakan ekspedisi ke Tasik Kenyir pula selepas hampir lima hari pulang dari siri cuti di Kundasang Sabah. Mencabarnya percutian ke Tasik Kenyir ini, kami tetap membawa bersama Mak dan Ayah mertua bersama, di mana mak mertua matanya tidak nampak manakala ayah mertua pula takut air @Aquafobia.
Kali ini, kami bertolak dari Saujana Utama Sungai Buloh jam 9.20 pagi . Pada asalnya, kami bercadang keluar awal selepas Subuh, tetapi apabila disusun atur segala persiapan, lewat juga bergerak ke Terengganu.
Setiba dipertengahan perjalanan area Rimba Templer , ada pula barang Mak Ayah Mertua tertinggal di rumah..huh, mahu patah balik, alamatnya lepas Asar baru tiba ni.
Nasib baik isteriku, beri solusi barangan hadiah dari Sabah tu kita pos balik dari Kenyir nanti.
Perjalanan kami melalui Gombak , Bentong dan Karak sehingga ke Kuantan (Laluan LPT 1) .
Jam 11.30 kami sudah tiba di RnR Temerloh arah Timur untuk isi perut . Kami berenam memilih makanan berat. Perjalanan kali ini 4 jam 45 minit.
Setiba di area persimpangan Kuantan, memasuki Jabor bermakna kami sudah separuh perjalanan.
Fasa kedua perjalanan adalah dari Jabor melewati Perasing sehingga bertemu exit Ajil Kuala Berang.
Sepanjang perjalanan, banyak kenangan seakan di Kundasang kami himbau bersama. Tiba-tiba terkeluar cerita Perhentian RNR Perasing yang sungguh seram, ahh kami singgah juga untuk memgisi minyak. Masuk area RNR Perasing siang takdop mende-lah kate orang Ganu..Acu malam tengok..
Ada Brani ke Boh?.
Sepanjang perjalanan kami, hujan kadangkala lebat dan kadangkala sederhana.
Jam 2.30 baru kami exit ke Kuala Berang, dan sempat singgah ke Empower Ecer Hulu Terengganu tempat penulis berkongsi ilmu, ambil baju kelas jerr..
Selepas itu, singgah beli nasi di Restoren Kak Nor Ikan Bakar@ Ownernya bernama Kak Long. Beli nasi puteh, ikan keli, ikan telapia dan ayam paprik untuk makan tengahari bila tiba nanti.
Selepas itu bergegas ke Pasar Kuala Berang membeli ayam segar dan beberapa bahan lain termasuk gula.
Tak cukup bekalan, kami nak ke Jeti terjumpa pula jagung dan ubi keledek tepi jalan, berhenti lagi..macam-macam.
Jam 3.30 petang baru tiba di Pengkalan Gawi Tasik Kenyir.
En.Alias yang Cikgu Alwardah @isteri kita, yang berhubung selalu itu rupanya sudah bersara dan pegawai baru bernama En. Wan ,menyambut kami di Jeti dengan memberi sedikit keistimewaan menaiki bot laju sekeluarga.
Biasanya 2-3 keluarga. Atas asbab membawa warga emas katanya.
Destinasi kami adalah Rumah Peranginan Persekutuan di Pulau Besar. Jam 4.10 tiba di Pulau Besar .
Seperkara menarik setiba di Jeti Rumah Peranginan Persekutuan, ibu kami yang matanya tidak nampak itu, diusung dengan kerusi roda sehingga ke Rumah Banglo Penginapan di atas bukit.
Rela yang mengusung ibu kami, sebut.."ini sudah biasa buat kami". Maknanya, kalau ada yang ingin bawa warga emas@ibu ayah yang dah tua, ke Tasik Kenyir ...senanglah.
Kalau tidak alamatnya, kena pimpin ibu ayah naik tangga hampir 60 mata kaki tu.
Kalau bukan calang-calang tekad, nescaya mahu ada ibu ayah yang berumur tak mahu pergi rasanya. Tetapi keluarga kami mahu bawa juga ibu ayah bersama, supaya menjadi teladan buat anak-anak kami.
Setiba kami di Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir kami terus terasa lapar, maklumlah makan pagi pun jam 10.30 pagi tadi jer.
Paling best apabila lihat segala kelengkapan yang disediakan, periuk belanga, peti ais, dapur, microwave, pinggan mangkuk dan segala keperluan rasanya hampir lengkaplah. Bahan mentah jer , para tetamu yang menginap perlu bawa secukupnya.
Antara keperluan untuk 3 hari 2 malam.
1. Beras 6 uncang untuk 6 orang makan.
2. Stok susu 4 tin.
3. Ayam seekor
4.Gula sebungkus.
5.Pelbagai kari dalam tin ..3 tin kari Ayam, 4 kari Daging, dan 2 bungkus Sambal Bilis.
6.Stok 3in1 Teh dan Nescafe serta Milo .
7.Garam dan Minyak masak.
8.Roti size Jumbo.
9.Nasi Goreng Segera Syarifah
10.Bihun segera.
Satu ja..terlupa, sayur kobis..
AKTIVITI PERTAMA SEBELAH MALAM.
Bakar jagung...Alhamdulillah barang kelengkapannya lengkap. Api jer cikgu ke rumah jiran sebelah mintak bara api untuk buat perekat api.
Tengoklah keseronokan dan keterujaan kami sekeluarga.
Ikuti lagi kami apa yang berlaku esok hari.

Comments