SAMBUT HARI LAHIR MUIZ SABTU 25 APRIL 2020 /. 2 RAMADHAN 1441H

SELAMAT HARI LAHIR KE-14.

Buat anakandaku Mohammed Muizzudin Shah Bina

































Assalamualaikum,

14 Tahun lalu, lahir satu insan pewaris generasiku..Ya! Itulah dirimu wahai anakandaku.

Tiada yang lebih indah dan manis apabila dapat membesarkan dan melihat susuk tubuh ini membesar dengan penuh kasih-sayang.

Sebagai seorang ayah, tiada yang lebih indah melainkan melihat dirimu gembira dan menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat.

Hanya doa baba Cikgu SB Transformasi Minda dan mama Alwardah Dolhalit titipkan buat mu.

"Barakallah Fii Umrik.
Semoga semua jerih payahmu adalah berkat. Semoga amal kebaikanmu dilipat-gandakan pahalanya oleh Allah yang Maha Kuasa.

Barakallah fii Umrik.
Semoga dengan bertambah umurmu, maka semakin bertambah sempurna pula Iman serta akhlakmu.

Anakku…..Pada hari ini, walau apapun impian yang kamu impikan,semoga Allah SWT menjadikan ia kenyataan"

Ya Allah permudahkan. Tahniah dan SELAMAT HARI LAHIR KE-14.

Paling terharu Kakak Nurin buatkan Kek Brownies dan mama order satay serta hadiah ISTIMEWA..

Sambut selepas berbuka puasa...

Ya Allah syukur... Alhamdulillah


Comments

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)