Posts

Showing posts from 2012

DINASOUR LIVE @ PUSAT SAINS NEGARA 21 OKTOBER 2012

Image
Seronok dan embira...bila tengok anak-anak turut happy...paling best sempat bersuamuka dengan Dr SMS (sheikh Muzaffar-Angkasawan pertama negara)

ALHAMDULILLAH MASIH DIPINJAMKAN NAFAS INI

Image
Assalamualaikum ,alhamdulillah & syukran lillah atas nafas ini , terima kasih buat isteri ambo, anak-anak ambo, semua keluarga ambo, adik beradik, saudara mara, rakan-taulan, sahabat handai ambo yang sudi mendoakan kebaikan dan keberkatan hidup sempena Hari Lahir ambo semalam 23/09/1976-23/09/2012..Moga setiap ucapan kalian menjadi refleksi diri kita didunia ini keatas sesiapa sahaja...'alakullihal...Alhamdulillah masih diberi nikmat Islam & Iman ..Moga kita bertemu Rabb dalam Husnul Khatimah

MELAKA RAYA 2012

Image
Alhamdulillah ...tahun ni beraya di Kampung sebelah isteri, macam-macam kenangan tercipta...dapat membantu menyediakan menu laksa kedah & mee kari resepi bendang pakngah..ha..ha

MELAKA RAYA 2012

Alhamdulillah ...tahun ni beraya di Kampung sebelah isteri, macam-macam kenangan tercipta...

SINGGAHSANA KAMI DATANG LAGI...RAMADHAN 2012

Image
Bagai satu kemestian...setelah 2011 tidak ke Singgahsana..alhamdulillah Allah memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk berbuka puasa..Hotel Singgahsana yang BEST

MORIB KALI KEDUA ...19 MAY2012

Image
Salam ...lama sungguh tidak menitipkan coretan terbaru kami ....yang pasti ketuk ketap jari ni sudah peringkat gatal...kerana lama tak update...now baruku sedar kekangan masa & kareer bidang pendidikan dan latihan amat memerlukan fokus...celah-celah tu sempat jua berFAMILY DAY DI IMPIAN MORIB pada 19/05-20/05/2012...

MORIB KALI KE 2..19 MAY 2012

Salam ...lama sungguh tidak menitipkan coretan terbaru kami ....yang pasti ketuk ketap jari ni sudah peringkat gatal...kerana lama tak update...now baruku sedar kekangan masa & kareer bidang pendidikan dan latihan amat memerlukan fokus...celah-celah tu sempat jua berFAMILY DAY DI IMPIAN MORIB

SABAH- HARI KEDUA

Image
Assalamualaikum dan salam dibawah bayu....hari kedua dari Switz Garden Paradise Hotel terus breakfeat kat restoren orang Brunei depan KK CENTREPOINT bersebelahan Asia City Centre (Hotel di tingkat 3)..Tempat pertama yang selalu kami sefamili buat...fahami sejarah dulu ..kat mana? betulllll... MUZIUM NEGERI SABAH & PERKAMPUNGAN BUDAYA masa kami habiskan disitu 10-12.30 tengahari...PUNYA LA BEST hingga Muiz tertinggal jaket.. NEXT...dari Muzium Ke KINABALU PARK..perjalanan mengambil masa 2 jam lebih (jangka tiba pukul 3, jadi kul 6 di Kinabalu Park) melalui bulatan JALAN PASIR terus ke Menggatal -Inanam -Telipok sebelum ambil jalan Ranau Kundasang...dalam perjalanan selepas Inanam semasa melalui Tamparuli terserempak pula RUMAH TERBALIK ..(1 1/2 kami rehat & melawat kesitu) ..selesai dalam jam 3..bergerak ke KINABALU PARK...hanya di kaki gunung..sejuk dan damai..

SABAH- HARI PERTAMA

Image
Salam..kata pepatah "jauh perjalanan luas pemandangan" ...percutian kali ini kami ke KOTA KINABALU ..SABAH Bah!!!..walaupun ada beberapa kekangan..Sampai jua kami ke Sabah bah....1245-330 dalam flight Air Asia...puas jugak la Nurin & Muiz...Muiz macam biasa jer...Nurin jer pening lalat....

UJIAN ALLAH 2012 -PART 2

Image
Alhamdulillah...Maha benar & Adil Allah itu, dalam KESAKITAN ADA KEMANISAN, DALAM UJIAN ADA KEPRIHATINAN...Detik anakanda Muiz dibedah apendiksnya pada malam 09/01/2011...jam 7.30.00 -10.4o malam itu mengambil waktu yang panjang...apabila terdengar sahaja sorongan katil berada & tanda "best" yang diangkat oleh Pembantu perubatan..debaran kencang tadi beransur reda..Lantas susuk tubuh terkulai layu di katil sorong itu menyebabkan bergenang air mataku " Aku Ayah, mesti kuat", pesanan untuk diriku...Lantas Ketua Pakar Bedah malam itu bernama Dr Azrin menerangkan secara terperinci berkenaan pembedahan ke atas anakandaku.." Maaf En..cik? Shah Bina! cepat sahaja balasanku, "Begini, anak tuan alhamdulillah berjaya dibedah dengan jayanya..pihak kami telah berjaya memotong apendiknya dan juga kami nak maklumkan kepada tuan bahawa apendiknya sudah pecah di dalam perut serta bernanah!, " Ya Allah, aku benar-benar tersentak kali ini...sambung Dr Azrin la

UJIAN ALLAH 2012

Image
Segala yang ujian yang datang ada hikmahnya...KAMI REDHO PADAMU YA ALLAH..kerana kami hamba dan ciptaanmu..Maka kepadaMu kami menyerah & bertawakal...anakandaku mengadu sakit perut menyucuk-nyucuk sejak dari hari Jumaat sebelum bertolak dari Rumah kami di Sg.Buloh ke Banting pada jumaat 06/01...Sebagai ayah& ibu yang prihatin...kami gosokkan minyak...Alhamdulillah baik, 07/01 Pergi ke Pantai Morib siap berkhemah .. namun bila Sabtu petang itu selepas makan tengahari yang disediakan oleh Mak Longnya...sekali lagi Mohammed Muizzudin mengadu sakit yang amat sangat..pukul 4 kami bergerak pulang dari Banting...sampai di Sg.Buloh terus ke Klinik Dr Bahiah...oooo Sembelit kata Doktor, malam itu kami berselera makn di Sup Ani Utara...namun sedikit pelik bila Muiz tidak habis makan sepinggan nasi,...emm..mungkin penat getus dalam hati ini...Alhamdulillah pagi 08/01 Ahad nampak Muiz dah berak-berak tidak sembelit lagi..Jam 11 pagi sekali lagi Muiz mengadu sakit semula..aku sediakan tung

ZIARAH MAK LONG FARIHAH PADA 06-07012012

Image
Menziarahi Mak Long Farihah pada 06-07/01/2011 Jumaat & Sabtu sambil mandi-manda di Morib (Sabtu malam Muiz sakit perut teramat)...