KEMBARA ILMU DI VIETNAM -"landing dibuminya"

(Sambungan....berserta photo masuk pada 23/10/2014) 2.00 Wah mula bergerak ke balai pelepasan dgn aero train.Kali ini kami menaiki flight Vietnam airline...sepanjang penerbangan alhamdulillah selesa , cuma akibat dari sedikit kelaparan anakanda nurin pening, selesai makanan dihidangkan...ehem sedap boleh tahan..berselera nampaknya terutama Muiz dan bapa Muiz...Anakanda Nurin terus hilang lapar tapi masih bengal kepala...ya lah Di aras ketinggian 30000 meter tu.
Penerbangan mengambil masa 2 jam lebih alhamdulillah tiba jam 4.20 di Airport Ho Chin Minh.
Setiba di lapangan terbang..selesai sahaja urusan imegrasen kami dijemput menaiki bas pelancong terus di bawa ke Masjid Rahman Di pusat bandar.
Sebelum tiba..kami segera ditawarkan simkad phone dengan harga Dong Vietnam RM100000, lebih kurang RM 15 untuk data bundle dan internet. Lebih kurang 15 minit kami tiba Di masjid Rahman , menariknya masjid ini adalah usahasama Rakyat Malaysia dan Indonesia...Bagi yang belum solat jamak dan qosar maka peluang untuk mereka solat dibumi Vietnam. Ya Allah indahnya susunan Mu Ya Allah.
Selepas satu jam dimasjid, kami dibawa melawat ke pejabat pos tertua di Vietnam...jam di sini lambat 1 jam dari waktu Di Malaysia..jadi saat jam 4.00 bermakna sudah jam 5 lebih Di Malaysia, jam ditangan menunjukkan 4.30 Baru..
Satu kejadian tak terduga dek akal berlaku di pejabat pos tertua- masih beroperasi seperti biasa. Saya dan isteri dihimpit penjual buku koleksi setem dengan harga RM 20 awalnya...oleh kerana isteri pengumpul setem serta peminat setem dunia, lantas diminta harga RM 10 ringgit (Vietnam Dong 227000)
...tetap si peniaga berkeras nakkan sekurang-kurangnya RM 15..paling bestnya, penjual tersebut menunggu sehingga kami keluar.Dari pejabat pos tersebut..sebelum menaiki bas maka dipujuk rayu ..menyebabkan harga diturunkan RM 10..terpaksalah dibeli walaupun asalnya tak berapa penting sangat...anyway memang ITU rezeki Allah buatnya..redho dengan kehendak Allah..
Seterusnya kami dibawa ke house of jubah dimana menjadi kegilaan orang perempuan shopping...ini baru hari pertama..hotel belum check in lagi, makan malam belum lagi..wah mahu kelam kabut lagi malam ni...
Selesai di house of Muslimah-jubah, kami terus dibawa makan malam di Restoren Halal Assalam bersebelahan hotel...jeng-jeng! teruja benar para cikgu dan keluarga saya untuk menikmati kali pertama msakan orang islam kita di bumi Vietnam
Hidangan memang lazat bila kami dihidangkan dengan Talapia merah, sayur dan beberapa juadah lagi..ala, susahlah nak terang kat sini . Intai je kat photo yang diupload tu..he..he. Alhamdulillah , makan waktu lapar ni menyebabkan kita tak sempat nak fikir bukan-bukan lagi, yang penting mahu dikasi kenyang DONGGG!! Sebelum selesai makan...tiba-tiba ada nasi terbang atas kepala kami oooooooo..rupa-rupanya itu persembahan mereka , dimana nasi tersebut dikenali sebagai nasi hangus ..yang diletakkan dalam periuk kecil tanah liat dan dibakar sebelumnya ..bestnya ia dipecah, dilambung dan ditangkap menggunakan pinggan oleh seorang lagi pelayan tetamu dan waa..terus hidang
Usai sahaja menikmati hidangan makan malam yang menyelerakan , maka kami dibawa ke Hotel bernama Blessing Hotel..Alhamdulillah memang selesa.
Masuk, mandi dan solat jamak taakhir kemudian beradulah kami berempat di bilik 302 yang selesa...tidur bangun pukul 4.00 pagi ..morning call kata angin Sambung esok punya cerita!!!

Comments

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)

PLKN BACTH 8 siri ke 3, 2011