TRAVELOG NURIN KE THAILAND –PART 4 ( SABTU 14/12/2013) Pagi-pagi lagi , saya bertanya baba dan mama “ pergi ke pasar kain tak semalam?”, jawab baba-“kita semua tidur terkapaq (bahasa Kedah- tidur mati) tak sedar semua. Pagi ini baba pergi belikan sarapan bersama Muiz , mencari roti canai dan teh panas. Alhamdulillah saya dan mama berehat dulu sambil kemas segala barangan dibeli beserta pakaian yang sudah dipakai. Sedar tak sedar rupanya hari ini hari terakhir saya berada di NegeriThailand ini, terasa macam sudah sekejap di sini. Baru 3 hari 2 malam sudah hendak balik ke Malaysia, mungkin sebab jadual baba buatkan memang padat dan seronok sangat kut. Jam 10.20 pagi kami “check-out” hotel dan sempat bergambar di hadapan pintu hotel. Selepas mengambil passport antarabangsa, kami bertolak ke destinasi menarik dan cantik iaitu Muslim Food Court , Hatyai Muncipal Garden dan Ice Dome (ditutup untuk selenggara), cuma dapat mengambil gambar kenangan dan bersiar-siar di taman yang penuh dengan warna-warni lampu kanvas yang cantik , lagi-lagi di waktu malam. Seterusnya , jam 12 tengahari kami singgah melawat Hatyai Carnival Shopping Mall yang baru dibuka pada hari ini. Berlaku kesesakan yang amat sangat kerana ini adalah Shopping Mall terbesar di Selatan Thai yang dibuka secara rasmi. Kata baba, alang-alang sudah berada di sini, jom kita singgah. Mall ini semacam KLCC & Setia Alam Mall di Shah Alam di Malaysia dimana terdapat gedung pakaian dan kedai barangan berjenama sperti Gucci, Nike, Adidas, Adda shope, Levis , Mark Spencer ,Louis Vuitton & Mitchel Karl macam-macam la. Seronok tengok orang selatan Thai berpusu-pusu kesini. Perut mula berbunyi niat saya sekeluarga hendak makan di atas Mall ni, tetapi terpaksa keluar sgera kerana terlalu ramai orang. Jam 3 kami mencari Restoren Kelantan seafood, Alhamdulillah berjumpa jua akhirnya di sebelah menyebelah dengan kawasan uptown Lee Garden . Ya Allah syukur sedap sungguh hidangan tengahari ini. Selesai makan kami sekeluarga bertolak untuk pulang ke Malaysia, kali ini baba membawa kami keluar dari Thailand melalui pintu sempadan Padang Besar Perlis. Kami singgah di Komplek Dagangan Padang Besar di mana kami solat Asar dan mama siap borong beras dan makanan mentah serta serba sedikit keperluan dapur. Kami solat Maghrib dan Insya’ di Masjid Syed Alwi Kangar Perlis bermakna hamper semua negeri sudah saya lawati dan malam ini kami bermalam di Hotel Mak Ngah Durrah kata baba. Esok pagi iaitu Ahad 15 Disember 2014 kami akan bertolak balik ke Selangor… Amacam sahabat semua? adventure kan keluarga saya ni. Apa pun dan di mana kita berada hargai & syukuri nikmat Allah dan sentiasa menambah nilai kehidupan.. Jumpa lagi di cuti saya yang akan DATANG 2014..Bye-Bye

Comments

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)

PLKN BACTH 8 siri ke 3, 2011