PART#2-PERCUTIAN PULAU PANGKOR PERAK SABTU 14, 15 & 16 MAC 2020
Semalam punya cerita...selesai sesi melawat 9 tempat sekitar Pangkor sebelah Jeti hari pertama 14.03.2020.
Malam jam 8.30 malam selepas balik sekejap ke OYO Hotel Safari Pantai Bogak Pangkor . Kami pergi makan di Pantai Teluk Nipah...Syurga Seafood. Balik terus tidur awal...padam!
Hari ini Ahad 15.03.2020, semua excited nak Snorkeling di Pantai Teluk Nipah.
8.30 pagi tiba di Pantai danTeluk Nipah dan terus sarapan pagi.
Habis sarapan, hubungi Cikgu Azman (Jumpa kawan sama Sekolah isteri), ambil pakej beliau , rezeki harga berbaloi sikit..
Jam 10.30 pagi, kami di beri briefing Keselamatan dan cara penggunaan alat Snorkeling Dan jaket keselamatan.
Menaiki bot laju sambil buat island hoping sebelum ke Pulau Giam untuk Snorkeling.
1. Pulau Paus Berjambul
2.Pulau Kalimah Allah dan Tapak kaki.
3.Pulau Buaya Rehat.
4. Pulau Penyu Nangis.
2 jam spend melihat keindahan hidupan dasar laut. Ikan makan roti di tangan Kita...apa nak kata. Alhamdulillah syukur.
Balik jam 2.50 petang, beli nasi bungkus ja..semua nak balik hotel ...bersih diri dan rehat sebelum jam 6.30 nak gerak lagi.
Comments