PART#3 ISNIN 16.03.2020-PERCUTIAN PULAU PANGKOR 14-16 MAC 2020
Assalamualaikum...pagi isnin yang indah.
Kami bertiga seawal pagi sarapan di sekitar Teluk Baharu berhadapan depan Masjid 1000 Selawat terindah.
Kami seterusnya menunaikan solat tahayatul masjid dan solat Dhuha.
Kemudian bergerak ke Teluk Pinang Kecil dan sempat singgah di Masjid Cina AlKhairiah "Masjid 560 doa" yang kebetulan dibuka seketika untuk lawatan tapak pihak pengurusan..Sepatutnya tidak dibenarkan dibuat lawatan.
Andai sudah rezeki, dapat berkenalan dengan Tuan Hj Omar -Pengerusi Masjid TERSEBUT.. Allahu Rabbi.
Perjalanan musafir diteruskan ke Pusat Produk Laut milik 100% Muslim Pangkor di Teluk Dalam lebih kurang 3 km dari Jeti point.
Jam 11.20 kami sempat ke galeri Pangkor seumpama muzium kecil.
https://youtu.be/lLIA1EO0ydg
Comments