Posts

Showing posts from 2013

CERITERA RAYA 2013 Bahagian 4 - ZERAH KOM PUOK KUARGA MAHANG & KISAH SAHABAT ZAMAN KECIL AKU (Seorang OKU).

Image
Perjalanan Raya Ketiga 10 Ogos 2013 agendanya ialah kelik ke kapong tepat aku beranak di Kampung Bukit Kabu , Mahang Kuleng (Kulim) Kedah…Maaf kalian kena bersedia, untuk membaca catatan aku dalain basa Mahang (Bahasa pertuturan masa aku kecik lu- basa hulu).. Kami gi ke Kuleng mula bertolak jaem 10.40 pagi dah leh..kira lambait sangat dah dey. Anak beranok hot duk lam keta seghenok sangait nak gi kapong Bukit Kabu..Demo duk napak sungei nak mani ramei-ramei. Jalain nak ke Kuleng selesa ja, keta tak banyok sangait.. macain raso ko dekat sikit la ni. Tak sape 2 jaem , kami pung sape ka Mahang. Tokdain nak masuk jalain Bukit Kabu..Muiz nak berak pulak doh (anak aku la nih), kena berethi kat Stesen Caltex …buu rame deh pakat duk tungung nak masuk gi jambain. Kena haba ko tokei stesein minyak, paihni buet satuh lagi jambain. Sudah tuh, kami mula laih masuk ke jalain bukit Kabu.. Aku ikut jalain titi ghetak kearah manaksoh Bukit Kabu.. teringait aku ngan kawain-kawain aku maso aku kecik duk

CERITERA RAYA 2013 Bahagian 3 - Raya Kedua -TERBUKA & KUMPUL BERSAMA

Image
09 OGOS 2013 Jumaat-TELUK KUMBAR PULAU PINANG Hari perjumpaan kali ini dianjurkan oleh Kekanda Hully & Abg Nan untuk keluarga sebelah utara …pagi-pagi lagi aku sudah bangun untuk bersama-sama dengan kakak Hully untuk ke “Market”…Wah suka hati aku dapat ke pasar basah di Teluk Kumbar di sebelah Sunshine Shopping Mall. Hidangan hari ini Nasi Tomato & Ayam masak merah beraksesorikan acar Nenas dan Mentimun..Kata Kak hully, acar kita buat sendiri, cepat-cepat aku “offer” diri untuk menyiapkan acar tersebut. Terkezut juga ! bila kakak aku beli tulang lembu 3 kilo berserta “tetel” daging berlemak, Oh fahamlah aku ini mesti hendak buatkan sup tulang ni. “Tulang ni dik ..Kak Li nak buat Bihun Sup!”. Betul sangkaan aku tadi , maknanya makan Bihun Sup Tulang le sekali dengan nasi tomato bersama keluarga Utara lah. Hari ini pula hari Jumaat, teringat Solat Jumaat yang mesti ditunaikan, sudah hampir satu jam dari pukul 9.30 pagi tadi kami ke pasar ini, Alhamdulillah jam 11 pagi semuan

CERITERA RAYA 2013 Bahagian 2- SETELAH 20 PULUH TAHUN TIDAK BERTEMU , KAMI SESAT 2 JAM

Image
KISAH AKU SESAT DALAM VERSI BERITA 08 OGOS 2013 Bukit Mertajam –Petang Raya pertama : jam 4.30-6.30 petang : Khamis- Sebuah kenderaan Hitam jenis Vios dilihat berulang-alik dari Bandar Kubang Semang ke arah Mengkuang Titi menyusuri bahagian Bukit berapit dan bergerak arah berlainan serta berhenti sekali sekala . Kenderaan tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia dalam anggaran 30an beserta seorang dewasa dipercayai isterinya bersama dua orang anaknya. Hasil maklumat orang awam, pihak trafik mengesyaki mereka berempat telah tersesat jalan . Menurut makcik tudung krim- beliau telah disapa oleh pemandu kereta tersebut bertanyakan Empangan Mengkuang dan kawasan sekitar, beliau memberitahu bahawa beliau ingin ke rumah Emak saudara beliau yang dikenali sebagai Makngah Aji dan anaknya bernama Amir anak Pakngah Haji Abdul Rahman , tidak dikunjungi rumahnya hampir 20 tahun . Lantas makcik tudung Krim memberitahu bhawa dia tidak tahu menahu tentang nama-nama tersebut. Kampung yan

CERITERA RAYA 2013 Bahagian 1- UKHUWWAH UTARA SELATAN

Image
“Kedatangan ditunggu kepulangan di rindu” Benar kata-kata itu, sementalah raya kali ini aku , isteri dan anak-anak bersama-sama pulang beraya di utara (turn utara) jadi persediaan telah dibuat lebih awal untuk memudahkan perjalanan kami sekeluarga. Pelbagai ragam cerita dan karenah semasa membuat persediaan untuk pulang berhari raya tercatat di dalam lipatan sejarah. Seawal 16 Julai 2013 lagi kekandaku “Kakak Hully-kakak no.7 dari 9 adik beradik” dari Pulau Pinang telah menghubungi ku dan mempersilakan kami sekeluarga untuk menginap dan beraya di rumahnya di Kuarters Guru Teluk Kumbar Pulau Pinang. Bak kata pepatah “ Kecil tapak tangan. Nyiru kami tadahkan” ,lantas aku memberi persetujuan kepada kekanda Hully dan mengucapkan terima-kasih berkali-kali kerana terasa amat tersentuh dan bersyukur di saat aku sudah ketiadaan ayah dan ibu yang didoakan bahagia selalu di alam barzakh. Perasaan sangat gembira dalam hati saya ini tidak tergambar dek kata-kata. Tambahan lagi kekandak

PORT DICKSON 13-14 MAC 2013...Q time with my family

Image
2 hari di Port Dickson...seribu kenangan 2013...13-14 MAC 2013..betapa pantas masa berlalu...Hargai masa dan kualiti apabila bersama..Insyaallah boleh membahagiakan kita ..amin