CERITERA RAYA 2013 Bahagian 2- SETELAH 20 PULUH TAHUN TIDAK BERTEMU , KAMI SESAT 2 JAM

KISAH AKU SESAT DALAM VERSI BERITA 08 OGOS 2013 Bukit Mertajam –Petang Raya pertama : jam 4.30-6.30 petang : Khamis- Sebuah kenderaan Hitam jenis Vios dilihat berulang-alik dari Bandar Kubang Semang ke arah Mengkuang Titi menyusuri bahagian Bukit berapit dan bergerak arah berlainan serta berhenti sekali sekala . Kenderaan tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia dalam anggaran 30an beserta seorang dewasa dipercayai isterinya bersama dua orang anaknya. Hasil maklumat orang awam, pihak trafik mengesyaki mereka berempat telah tersesat jalan . Menurut makcik tudung krim- beliau telah disapa oleh pemandu kereta tersebut bertanyakan Empangan Mengkuang dan kawasan sekitar, beliau memberitahu bahawa beliau ingin ke rumah Emak saudara beliau yang dikenali sebagai Makngah Aji dan anaknya bernama Amir anak Pakngah Haji Abdul Rahman , tidak dikunjungi rumahnya hampir 20 tahun . Lantas makcik tudung Krim memberitahu bhawa dia tidak tahu menahu tentang nama-nama tersebut. Kampung yang diketahui hanya Mengkuang titi. Akhirnya mereka telah menghabiskan masa selama 2 jam bertanya dan memandu sekitar Mengkuang Titi- Kubang Semang-Penanti-Bukit Berapit. Bagaimanapun pihak kami mendapati pemandu dan keluarganya mengambil tindakan nekad untuk menghubungi mak menakan depa yang duk di Mahang Kulim Kedah, itupun setelah telefon bimbit depa telah di “top-up”. Alhamdulillah beliau memaklumkan kepada pihak kami bahawa sepatutnya mereka menghala ke Guar Perahu seterusnya ke Kampung Mengkuang Mak Sulong yang memang jauh tersasar dari kampung yang mereka beritahu kami. Jadi bukan salah pihak yang ditanya tetapi pemandu tersebut sepatut dipersalahkan kerana tidak tahu nama kampung mak menakan beliau yang sebenar. Setelah itu pihak kami percaya bahawa beliau pasti selamat tiba di mengkuang Mak sulong dan menjamu selera bihun Sup setelah 2 jam tersesat, dihidangkan oleh keluarga Abang Halim dan Kak Najat. Walaubagaimanapun mak menakan dan Abang amir beliau telah pulang ke Mahang Kulim, mereka tidak berjaya menyelesaikan misi sepenuhnya -. Pihak kami hanya ingin menasihati dan mengingati beliau “ Rajin-rajinlah ziarah rumah saudara-saudara, itu baru 2 jam sesat sebab tidak ziarah 20 tahun ..Kalau Allah sesatkan 20 jam sebab tidak ziarah 20 tahun, macamana …? Lu pikir la sendiri ?. Teringat Sabda Nabi “ Bukan daripada Umatku mereka yang suka memutuskan silaturrahim”. (Gambar bersama Kak Najat disertakan untuk membuktikan beliau sudah menziarahi keluarga Makngah di Mengkuang Mak Sulong bukan Mengkuang Titi.) , -AKHBAR SINAR HARI RAYA -keluaran karangkeras

Comments

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)