CERITERA RAYA 2013 Bahagian 3 - Raya Kedua -TERBUKA & KUMPUL BERSAMA
09 OGOS 2013 Jumaat-TELUK KUMBAR PULAU PINANG
Hari perjumpaan kali ini dianjurkan oleh Kekanda Hully & Abg Nan untuk keluarga sebelah utara …pagi-pagi lagi aku sudah bangun untuk bersama-sama dengan kakak Hully untuk ke “Market”…Wah suka hati aku dapat ke pasar basah di Teluk Kumbar di sebelah Sunshine Shopping Mall. Hidangan hari ini Nasi Tomato & Ayam masak merah beraksesorikan acar Nenas dan Mentimun..Kata Kak hully, acar kita buat sendiri, cepat-cepat aku “offer” diri untuk menyiapkan acar tersebut. Terkezut juga ! bila kakak aku beli tulang lembu 3 kilo berserta “tetel” daging berlemak, Oh fahamlah aku ini mesti hendak buatkan sup tulang ni. “Tulang ni dik ..Kak Li nak buat Bihun Sup!”. Betul sangkaan aku tadi , maknanya makan Bihun Sup Tulang le sekali dengan nasi tomato bersama keluarga Utara lah. Hari ini pula hari Jumaat, teringat Solat Jumaat yang mesti ditunaikan, sudah hampir satu jam dari pukul 9.30 pagi tadi kami ke pasar ini, Alhamdulillah jam 11 pagi semuanya bekalan untuk memasak sudah dibereskan (sudah dibeli). Kami berbual pelbagai topic di dalam kereta dari hal-hal sulit keluarga, perkara lucu, “conditioning” motivasi diri turut diselit .Seperti sudah maklum keluarga aku ini , tidak perlu ramai cukup berjumpa 2 orang sudah riuh bagai nak rak berbual, tambahan pula ada topik sebelum tidur malam tadi belum bernoktah.
Sampai sahaja di kuarter guru tempat aku menginap, perkara pertama aku “settle”kan ialah mengupas & menyiat kulit nenas dan memotong timun. Terima –kasih Kak Salsabila dan Sarafudin (anak menakan ) kerana bergotong –royong buatkan acar-ACAR BUAH kita enak sekali! . (Puji sendiri)
Sesudah sahaja solat Jumaat, abang iparku Ust Aznan mempersilakan 10-15 orang masjid untuk sedikit bacaan doa. Alhamdulillah semuanya lancar beb.
Kehadiran ramai tetamu dikalangan sanak saudara dari seberang ke Pulau ,amat mengembirakan aku sekeluarga. Maknanya, semua boleh bertemu dan bermaafan beserta berkongsi cerita-ceriti. Ibarat Biduk berlalu, Kiambang bertaut” manalah tahu ada yang berkecil hati atau sudah rindu lama tidak bertemu. Saudara ibarat isi dan kuku dan juga kata pepatah air dicincang masakan putus, itulah yang dapat aku gambarkan dalam keluarga sedarah sedaging aku ini .
Tahniah Semua ! Kamu , Saya dan Kita Semua menikmati hidup yang BEST…Positif dahulu walau kadang –kala kita tidak mampu positif selalu…
Comments