CERITERA RAYA 2013 Bahagian 1- UKHUWWAH UTARA SELATAN

“Kedatangan ditunggu kepulangan di rindu” Benar kata-kata itu, sementalah raya kali ini aku , isteri dan anak-anak bersama-sama pulang beraya di utara (turn utara) jadi persediaan telah dibuat lebih awal untuk memudahkan perjalanan kami sekeluarga. Pelbagai ragam cerita dan karenah semasa membuat persediaan untuk pulang berhari raya tercatat di dalam lipatan sejarah. Seawal 16 Julai 2013 lagi kekandaku “Kakak Hully-kakak no.7 dari 9 adik beradik” dari Pulau Pinang telah menghubungi ku dan mempersilakan kami sekeluarga untuk menginap dan beraya di rumahnya di Kuarters Guru Teluk Kumbar Pulau Pinang. Bak kata pepatah “ Kecil tapak tangan. Nyiru kami tadahkan” ,lantas aku memberi persetujuan kepada kekanda Hully dan mengucapkan terima-kasih berkali-kali kerana terasa amat tersentuh dan bersyukur di saat aku sudah ketiadaan ayah dan ibu yang didoakan bahagia selalu di alam barzakh. Perasaan sangat gembira dalam hati saya ini tidak tergambar dek kata-kata. Tambahan lagi kekandaku itu, memberi tahu bahawa beliau merancang ingin mengadakan perjumpaan “makan-makan Raya” bersama keluarga disebelah utara . Rasa aku sudah dua kali aku dan keluarga beraya di Utara, pasti kakak aku ini akan buat perjumpaan serta bacaan tahlil dirumahnya dan menjemput semua sanak saudara untuk meraikan hari lebaran di rumahnya. Berbalik semula kepada jadual perjalanan balik kampung kami, kali ini aku membuat keputusan untuk pulang ke utara pada hari terakhir Ramadhan, mengikut perancangan awal, kami sepakat untuk bertolak dari Sungai Buloh ke Teluk Kumbar sesudah Subuh. Alhamdulillah , niatku sekeluarga “tercapai”, benar-benar sesudah Subuh jam 8.30 pagi (sepatutnya jam 7.00 pagi) tersasar satu jam dari pelan induk kami. Ini mungkin disebabkan “kesedapan” tidur selepas Syuruk..(he..he, ye lah tuh?). Sebelum bergerak, sempat isteriku membuat semakan terakhir barang-barang untuk dibawa pulang ke Utara- beg baju aku, beg isteri ,beg anak lelaki , beg anak perempuan (banyak beg kali ini) kasut raya anak-anak, tudung Fareeda dwi tona isteri , “toiletries” dan buah tangan untuk kakak semua sudah tersedia di bonet keretaku. Perkara seterusnya, “tank petrol” mesti dipenuhkan semaksima mungkin, “kena letak penuh-penuh ni takut jem dan tak mahu risau tak terjumpa kedai pum minyak” getus aku dalam hati. Saat baru sampai ke Petronas, isteri aku sempat bertanya kepada anak lelaki aku bernama Muiz “ Pagi tadi lepas sahur gosok gigi?”. Sambil tersengih ; “ A..ah la, terlupa la mama”. Isteri aku terus membuat telahan . “Kalau tak gosok gigi, confirm tak bawa berus gigi balik utara, betul tak?”..dengan perlahan Muiz jawab; “Muiz ..terlupa nak bawak la mama?” Saat itu juga mamanya suruh senyum sikit, sah gigi anakandaku ini agak kuning. Satu hal pulak , terpaksa membeli berus gigi beserta ubat gigi baru untuk menyuruh beliau gosok gigi, boleh bayang lah bagaimana bau haruman “kasturi” dari mulut Muiz ini.. Saat baru hendak memulai pemanduan terdengar berita Radio Bernama 24 memaklumkan kesesakan teruk dari Rawang sehingga ke laluan Ipoh. “ Astaghfirullah! Macaman ni?”, cepat-cepat aku buat keputusan untuk tukar laluan dari ke Tol Rawang terus ikut laluan Kuala Selangor ke Pantai Remis. Cadangan ini semacam sudah termaklum pula, sebab sebelum bertolak aku sempat bersolat Subuh berjamaah di surau-sahabat surau sekadar memberi solusi , sekiranya sesak “engkau ikut je laluan bawah-Kuala Selangor- Pantai Remis”. Ehem, benarlah firman Allah “ Kamu merancang-Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik Maha Perancang”. Sepanjang perjalanan berhari raya kali ini “smooth” dan selesa sahaja, cuaca pun amat membantu. Cuma apabila melintasi Pekan Pantai Remis ke Taiping sahaja keadaan agak sesak. Aku mengambil laluan lebuhraya dari persimpangan Tol Changkat Jering –saat ini sudah jam 2.30 petang, rasa semacam lambat sedikit ..tetapi apabila dicongak dan dikira masa berhenti beli kerepek untuk buah tangan, campurkan lima kali berhenti (termasuk berhenti untuk Muiz gosok gigi sampai putih, bab buang air), rasanya jangkaan sampai ke Teluk Kumbar “on time” juga. Kami melalui jambatan Pulau Pinang terus menghala ke Bayan Lepas, Alhamdulillah! Sekitar jam 3.50 petang sudah pun berada di Kuarters Pendidikan Teluk Kumbar. Sebelum bertolak aku ada sms kepada anak saudara perempuan si Salbila tu memberitahuyang kami sudah bertolak. Waktu aku dan anak-anak memberi slam…Anak saudara ku ini terus secara spontan memaklumkan persaan teruja disaat “Paksu Mat” sudah tiba…” Kakak ingat paksu sampai dalam pukul 7.00 petang, memikirkan sesak jalan raya tu”. Sambil tersenyum penuh seri diwajahnya . Bagi aku pula di dalam hati hanya -Yahoooooo! Dah sampai..eh..eh, maaf –Alhamdulillah Syukur selamat sampai. .. (bersambung….)

Comments

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)

PLKN BACTH 8 siri ke 3, 2011