KEMBARA ILMU DI BUMI VIETNAM -HARI KEDUA
Subhanallah...jam 4.10 sudah terjaga, solat Subuh jam 4.50 pagi...selesai mandi terus kami sekeluarga ke dewan Cafe untuk menikmati rezeki Allah di bumi Vietnam ini..SARAPAN PAGI!
19/10/2014 Ahad- hari kedua di bumi Vietnam..ikut tentatif akan ke Sungai
Mekong..70 minit Dari bandar Ho Chin Mihn.
7.02 minit kami mulai perjalanan. Sepanjang perjalanan , kami diterangkan kekuatan Mekong sebagai pusat perlancongan. Di sana kami bakal melawat ladang buah-buahan, mata kucing, buah gosok susu, beras Mekong, gula-gula dodol coklet, pasar ditengah pulau
Kelihatan sepanjang perjalanan kami akan melalui sawah padi yang juga terdapat kubur petani yang meninggal dikawasan tersebut yang ditanam di kawasan batas sawah
Kota Mytho juga dilawati iaitu kota perdagangan dibangunkan oleh bangsa china, juga dikenali bandar gadis cantik. Menurut sejarah keturunan cantik-cantik ini adalah isteri raja vietnam.
Sampai sahaja di muara sungai Mekong kami dibawa ke kawasan jualan beg, T-shirt polo dan cenderamata...Allahu rabbi rasa macam nak tercabut biji mata...rambang mata. Janji 40 minit, melepasi 1 jam juga kawasan tersebut.
Saat yang dinanti tiba, untuk ke pulau Mekong Di mana kami merentasi sungai yang sangat lebar ...setiba kami dikawasan pulau kami dibawa melawat ke pusat ternakan dan penghasilan madu lebah dari Bunga longan dan buah mata kucing .
Selepas itu kami terus juga dibawa ke pusat jualan handbag kulit...isteriku borong beg berwarna merah...macam Lisa Suriahani pakai..kata penjual Di situ la.Entah ya ke entah tidak?...he..he..
sebelum ke kawasan tengah tersebut kami dihidangkan dengan juadah buahan mata kucing, buah naga, tembikai, mangga dan teh hijau.Siap ada kumpulan "Qasidah" dari Vietnam lagi..nyanyi lagu Melayu .."kalau rasa gembira tepuk tangan..horeyy! kalau rasa gembira masuk duit..horeyy! ..lalu je tudung jerami vietnam tu kat setiap meja..lah kena bayar rupanya..ooo ikut suka hati rupanya..nak bagi ke tidak ? meja kami hulur jugakla, sebagai sedekah pagi ini...
Kemudian kami menaiki bot semula untuk ke muara sungai bahagian tengah pulau bermudik ke tempat pembuatan gula-gula tradisi semacam dodol..Untuk ke kawasan pembuatan gula-gula dodol, kami perlu menaiki sampan kolek beserta memakai tudung jerami.
.
Setibanya kami di sana, kami diperlihatkan kepada kami teknik dan cara pembuatan coklet dodol tersebut. Memang kagum melihat kerja kuat warga kampung Vietnam ini.
Maka, muiz pun teringin juga lah nak makan gula-gula dodol ni, belilah juga untuk kepuasan maksima.
Keseronokan hari ini diteruskan lagi..dengan hentian seterusnya iaitu Mekong Halal Restoren, untuk santapan tengahari..wah boleh tahan juga peluh dan keroncong perut berbunyi riang ni..
Alhamdulillah , rasa bersyukur sangat-sangat sebab datang melalui agen yang biasa dengan suasana disini..tidak perlu risau tentang makanan halal atau tidak...siap di sediakan kemudahan surau untuk solat jamak musafir kali ini..Sedap sungguh makan makanan dari sungai Mekong ini.
Makan sudah ..solat jamak taqdim sudah, langkah kami diteruskan dengan menaiki semula bot untuk kembali ke tanah besar Vietnam.. Jam 4.30 petang..(5.30 waktu malaysia)
bersambung next page! Amacam? bestkan
Comments