KEMBARA ILMU DI BUMI VIETNAM -HARI KETIGA yang dinantikan

Alhamdulillah..subhanallah, awal-awal lagi sejak jam 6.00 pagi semua guru dan para peserta KEMBARA ILMU DI BUMI VIETNAM 2014 penanda aras sudah berpakaian seragam dan segera bersarapan pagi Jam 7.30 kami bakal melawat muzium perang , kami semua bertolak untuk melawat muzium tersebut yang berada di district 4 , manakala Sekolah tinggi Hong Beng berada di District 5...Lebih kurang 20 minit dari Hotel. Memorandum of understanding (MOU)antara Sekolah Menengah Seksyen 24(2) Shah Alam Malaysia dan Sekolah Tinggi Hong Beng Vietnam bakal termeterai pada hari ini Isnin 20/10/2014
Lebih kurang jam 8.00 kami sudah berada di Muzium Perang Vietnam..lihat photo diserta..speechless!
Kekejaman dalam peperangan menyebabkan kita insaf dan sedar bahawa dunia diwarisi dalam keadaan hancur kepada generasi vietnam ini , namun mereka sungguh kuat untuk bangun semula
Sedar tak sedar jam hampir 8.40 pagi, kami harus tiba di kawasan sekolah Hong beng jam 9.00, mujur pemandu memberitahu masa ke situ hanyalah sekadar 5 minit pemanduan..Alhamdulillah.
Tiba di hadapan sekolah kami terpandang kain rentang mengalu-alukan kedatangan rombongan sekolah....sambung topik MOU pulak ya!

Comments

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)

PLKN BACTH 8 siri ke 3, 2011