KEMBARA ILMU DI BUMI VIETNAM -HARI KETIGA @ CU CHI TUNNEL
Selesai sahaja program perjanjian persefahaman ...kami mulai bergerak ke Cu Chi Tunnel yang jauhnya lebih kurang Ya!.. 70 kilometer Ya! Jauh sedikit dari bandar Ho Chin Minh Ya! ditengah jalan nanti Ya! kita akan makan di restoren Muslim Ya!..he..he macam puan Angin berbahasa Melayu..
Sepanjang perjalanan yang mengambil masa kira-kira 1 jam itu, ramai sudah guru-guru terlentok terkulai layu di kusyen bas..penatkan kami! berbahasa ayam dan itik sekali sekala. Jam 12.40 kami berhenti untuk makan tengahari di Green Muslim Restoren
Seterusnya solat jamak taqdim..keluarga saya dan guru-guru mengambil peluang menukar baju seragam kepada baju snatai..Almaklumlah nak masuk Tunnel "Terowong VietChong katakan
Tadaaaa! sudah Transform!
Itulah kata orang, salah satu perkara paling best...lapar dapat makan, mengantuk dapat tidur., usai snatapan kami di restoren hijau itu, kami menaiki bas ke kawasan Cu Chi Tunnel...Allahu Rabbi dekatnya, sebelah-menyebelah je dengan tempat makan tu. Tiket sudah tersedia,sebelum masuk ke dalam kawasan terowong , kami diberi penerangan oleh Pn. Angin (Baju hitam seluar Merah) dengan panjang lebar tentang perjuangan orang-orang vietnam menentang penjajahan Amerika sejak 1953-1977, Amerika kalah dari lari meninggalkan vietnam.
Kami perlu berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer untuk merasai sendiri keperitan hidup perjuangan mereka, sambil sekali-sekali berhenti untuk melakaukan aktiviti "Touch & Feel"..
Benteng pertahanan askar Vietchong ini sungguh kreatif dan licik demi sebuah survival generasi mereka..
Comments