KEMBARA ILMU DI BUMI VIETNAM -HARI KEDUA bahagian 2

.....Setiba kami di dataran besar bumi Vietnam 5.50, pemandu pelancong kami Puan Angin..(ini selepas ditranslate ke bahasa Melayu)..kami dibawa ke kawasan membeli belah di China town..sekali lagi rasa mcam nak pening jerrr!!! dikenali sebagai Bien Tan..ye ke?
Waktu tengah orang perempuan shopping tu, sempat lagi En.Lokman (agensi) orderkan kopi Mocca ais yang sedap ..lepas aje minum hujan turun dengan lebatnya..Wah bertambah lamalah kami di shopping market ni...Maka pertama kali lihat banjir kilat di vietnam..cabaran..pembentungan dan longkang macam tak nampak ada!
Ala Kulli Hal! lepas hampir 2 jam di situ..jam sudah pun menunjukkan 8.00 ....nampaknya semua mulai keletihan sepanjang hari yang sangat padat , tetapi sangat mencabar..solat ditaakhirkan masakan tidak, maghribnya jam 5.30 kalau tidak salah..Macam biasala, bila penat pasti lapar..bila lapar jomla ..makan malam kami di Retoren Halia bersebelahan restoren serai,...next saya buka pulak Restoren Lengkuas? Ok tak..
Alhamdulillah selesai makan semua puas hati dengan juadah dihidangkan....balik hotel mandi , solat..dan tidur ! Ehh..saya turun balik tengok malam di Vietnam..jam 11.30 baru saya baring..entah bila saya tetidur saya tak tahu..kerja Allah belaka.Syukur

Comments

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)