PADANG -BUKIT TINGGI INDONESIA 30-MEI -02 JUNE 2015
Assalamualaikum...
Perancangan kami sekeluarga cuti sekolah kali ini adalah ke Bukit Tinggi Indonesia.
Bersempena pula dengan LADAP SMK Seksyen 24(2) PENANDA ARAS di Bukit Tinggi yang dikoordinasi oleh Cikgu Alwardah..apa? Tak Kenal
Ehh! itu isteri saya, beliau yang menyusulkan agar ia menjadi percutian buat kami sekeluarga. Kata orang apabila pergi berkumpulan
sudah pasti ada banyak kelebihan...sudut harga emmmm , murah ya.
Perjalanan kami berempat (Shah Bina , Alwardah, Nurin Alifah & Mohd muizzudin) kali ini mengambil masa selama 4 hari 3 malam .
Tanggal 29/05 selepas sahaja tiba di rumah bersama anakandaku Nurin Alifah yang baru sahaja dibawa pulang dari asrama, kami mulai sibuk mengemas. Tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi, Alhamdulillah sempat juga tidur 2 jam, bangun sahaja terus memandu kerana 4.30 pagi sudah perlu berada di hadapan sekolah untuk bergerak ke KLIA 2.
Hari ini Sabtu sudah masuk 30 Mei 2015 Jam 4.40 minit pagi
Selepas doa dibaca, bas bergerak dengan kadar segera dan singgah sebentar di R&R Dengkil untuk pembelian sarapan. Jam 5.40 sudah pun berada di KLIA2..semua bergegas untuk checkin beg dan tiket. KLIA 2 ini memang luas, jalan untuk ke pintu pelepasan mengambil masa 1 jam termasuk check in bagasi serta tiket, kami rushing sangat saat itu...Allahu rabbi solat subuh dipenghujung pelepasan, mujur ada surau..satu yang BEST buat Muizzudin ialah dapat bergambar dengan Ust Don Daniyal sebelum berlepas!
Comments