PADANG-BUKIT TINGGI INDONESIA -HARI 1 SABTU #30 MEI 2015 -Part 2
Ramai peserta bersama kami semasa berada di dalam bas tertidur..hai letih mengejar check in di KLIA2 gamaknya..
Sedar-sedar kami sudah sampai di kawasan OBJEK WISATA SASAR ALAM LEMBAH ANAI -AIR MANCUR , satu tempat menarik dimana terdapat air terjun menggarai katanya..memang begitu tinggi terjunan airnya,sehingga membasahi muka kami.percikan debu-debu air ya Allah menyegarkan!
Ada suatu perniagaan di sini amat laris buat serbuan warga Malaysia...instant photo dari anak-anak jualan dipinggir air terjun.
Kumpulan kami borang 14 keping beb! Kaya mereka..bagai ungkapan pemandu pelancong kami ABANG ED " Datang sebagai JUTAWAN dan PULANG SEBAGAI HARTAWAN..ini nanti saya ceritakan.
Perjalanan diteruskan setelah hampir 1 jam kami dikawasan Lembah Anai, kami terus sahaja mendaki bukit dan lekuk menuju kawasan
persinggahan seterusnya iaitu PUSAT DOKUMENTASI & INFORMASI KEBUDAYAAN MINANGKABAU PADANG PANJANG
Di sini disediakan pakaian pengantin MINANGKABAU yang boleh disewa serendah RM10 sepasang..apa lagi ibu-ibu -bapak-bapak, saya dan isteri mula berfikir kenapa tidak kami berdua mengenakan pakaian yang luar biasa cantik dan bergaya ...TERASA UMPAMA RENEW MARRIAGE selepas 14 tahun bersama...bestkan , pepatah Arab ada berkata 'MAN LA YAZUQ LA YADRI-Siapa tak rasa maka tidak mengerti..
Paling menarik singgahsana pelamin masyarakat minangkabau..Subhanallah lawa gila..DOAKAN KAMI BAHAGIA HINGGA KE SYURGA he..he excited pulak!
Apabila berada dikawasan wisata ini (Pelancongan) maka sebenarnya kami sudah hampir sangat kawasan utama Bukit Tinggi.
.
Makan tengahari kami di RUMAH MAKAN PAK DATUK...mak datuk seronoknya makan kat sini, memang pelbagai hidangan yang semua rasanya nak telan...tapi awas, banyak belado eh!
Selesai sahaja makan tengahari jam sudah menunjukkan jam 5 (Malaysia jam 6), kami dibawa ke HOTEL BUNDA BUKIT TINGGI iaitupenginapan kami selama 2 malam di sini termasuk program UTAMA PENANDA ARAS..
Apa! takde sambungan lagi ke? Eh...tunggu sambungan seterusnya..mesti nak tanya apa aktiviti saya dan keluarga sebelah malam..TEKA? Bye next pagi esok pulak!...bersambunglah
Comments