PADANG-BUKIT TINGGI INDONESIA -HARI 1 SABTU #30 MEI 2015 -Part 1

.....penerbangan kami mengambil masa 2 jam sahaja , berlepas sahaja jam 7.20 pagi dari KLIA dan jam 8.15 sudah sampai..Cepat benar.
Aikkkk jam ditangan sudah 9.15 , bagaimana ini boleh terjadi? Relaks-relaks lu bro, kat Minangkabau Bandara International Airport jamnya terlewat 1 jam dari Malaysia ya bapak-bapak dan ibu-ibu...uwah sudah bisa bercakap bahasa minang bila tiba di bandara ini. Setiba di lapangan terbang ini, pihak agen bas pariwisata sudah tersedia mengangkut kami terus sahaja ke bukit tinggi, di dalam bas sudah diberikan setiap orang buah salak Bukit Tinggi ...wah enak bangat deh!
Tempat asing memang mengujakan, masakan tidak begitu rasanya..bakal ditempuhi masakan berbeda ya bapak-ibu . Persinggahan pertama kami adalah RUMAH MAKAN LAMUN OMBAK....teringat LAMUNAN TERHENTI nyanyian Aris-Ariwatan
Ini kali pertama kami menjamah makanan masakan padang ...benar-benar di padang..Well enak sekali, kerana perut keroncong. Kami mencuba Teh bersusu dan bergedil saiz jumbo...cukup menyelerakan.
Perjalanan menelusuri kelok-kelok mengambil masa 4 jam untuk tiba di Bukit Tinggi yang nyaman dan bersuhu 22 darjah selsius umpama Cameron Highland.....NEXT STATION ! persinggahan kedua ....part 2 pulak la, panjang dah ni!

Comments

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)