PADANG-BUKIT TINGGI INDONESIA -HARI 2 AHAD #31 MEI 2015

Assalamualaikum... 31/06 5-6.30 pagi Hari kedua ..seawal pagi saya bangun awal sesudah subuh segera ke padang Bandaran Barisan. Sempat berselfie sendirian...di kantor pos dan sekitar.
Sempat berjogging dan balik untuk aktiviti pagi ini...
Jam 8.00 bergerak menuju ke Kilang Kerepek ' sanjani' .
Kami berpeluang melihat secara 'live' perarakan khatamin Alquran.secara adatnya setiap rejab dan syaaban akan ada majelis untuk persediaan Ramadhan .Berbeza memang berbeza
Sesampai di kedai Sanjai kami teruja melihat pembuatan Kerepek ubi pelbagai Persia. Paling menyeronokkan apabila boleh merasai pelbagai kerepok berperisa seperti Persia Jagung Baker, perisa durian , perisa berlado hijau PERCUMA. Rasa percuma..sedap kena beli la
Satu ungkapan yang benar-benar melucukan ialah setiap kali kami dibawa singgah ke tempat Belian barang, maka Saudara pwmandu pelancung akan mengatakan "mari melontar"...macam lontar jamrah.sebanarnya mari membeli belah lontar duitla.. Selepas itu, kami singgah di Hjh Rosma Kedai Sulaman dan boider..bekas seorang guru yang menguasai perniagaan kain sulaman hampir 80tahun, masih Setia men anti para pelanggan dan tetamu Serta sudah.berusia 90 tahun
Orang Minang prinsipnya 1) lalok bakaruah- tidur berdengkur 2) Makan batangkuah-makan bertambah 3) Kebelakang beruah-Ketandas lancar Peringkat kawasan 1) Negara-Presiden 2)Provinsi-Gabenor 3)Kabupataen- Daerah 4)Nagari-Mukim 5)Kampuang- Kepala Seterusnya, ini kami bergerak ke batu sangkar menaiki jalan berbukit menghijau yang lurahnya bersulam dengan tanaman hijau, seumpama kayu manis, cengkih, kopi, koko, padi, terung, .Pemandangan yang jarang kami dapati di Malaysia.
Kami melawat perusahaan Kopi KINIKO ENTERPRISE yang masih di dalam proses menggunakan tangan...tradisional. Kami dihidangkan minuman teh cengkih, daun teh kopi Teh daun Bert.
Seterusnya, kami menelusari ke tanah datar , mengikut sejarah INI adalah tempat awal minang. Jalan jauh sedikit perjalanan rupanya ingin bersantap tengahari di KEDAI MAKAN PONDOK FLORA Jalan Lebuhraya Batu Kikir Sungai Tarab. Kami terpesona dengan layanan mesra dihiasai dengan haiwan peliharaan Barang hantu, Barang Helang, angsa Serta monyet
...Kami makan berlauk masakan kampung, ulam-ulaman, ikan talapia .Menariknya kami makan terapung berada diatas sawah . Alhamdulillah bak kata pepatah' perut kenyang hari pun senang. Jam 1.25 tengahari Terus bergerak ke ISTANA BOSA PAGAR RUYUNG ..Kali 4 terbakar akibat perang dan kali terakhir terbakar 22/05/2007
Luas dan besar sungguh istana ini...hampir 2 jam kami berada di sini.. Destinasi seterusnya ialah TASIK DANAU SINGKARANG ....jauh hari ini kami bergerak
Seharian suntuk kami bermusafir mengelilingi Sumatera Barat...selepas itu jam 8-10..banyak hal-hal hilangkan stress wanita ..apa lagi
SHOPPING LERRRR

Comments

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)

PLKN BACTH 8 siri ke 3, 2011