HARI#2 SELASA 03.12.2019-DARI KOTA KINABALU TERUS KE KUNDASANG.
Setelah tiba di Kota Kinabalu kami transit di OYO LKH MOTEL @Lingzi Hotel semalaman bertempat di Borneo Waterpark. Tidur nyenyak sangat.
Di Sabah jam 4.49 pagi sudah pun masuk waktu Subuh, semua bangun awal
Jam 9.00 pagi, Mpv Toyota Avanza yang disewa telah tiba. Sebelah pagi kami sekadar lapik perut sarapan roti manis dan secangkir teh setiap orang.
Usai terima Avanza, kami berenam bergerak ke Muzium Sabah, bagi ibu dan ayah mertua saya Puan Noriah Kosni dan Haji Dolhalit Mekram , ini adalah kali pertama ke Negeri Sabah.
Jam 10.20 kami tiba di Muzium Sabah berhadapan Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.
Orang yang paling suka lawat ayahanda kami sebab dulu beliau guru Sejarah. Hampir 2 jam juga kami melawat sejarah Sabah di situ.
Perut mulai berkeroncong, kami bergerak pula ke Kundasang. Pelan seterusnya, kami perlu makan tengahari sebelum bertolak ke Rumah Terbalik Tamparuli .
Kami makan di Lalapan Restoren di Inanam dan bersolat Jamak Zohor Asar di Masjid Bandaraya Terapung Inanam. Masjid di tepian pantai.
Semua sangat teruja selepas makan dan solat, rupanya naik sahaja Avanza tak berapa minit semua sunyi sepi termasuk anak-anak iaitu Nurin dan Muiz ..apa agaknya berlaku? Ya...semua tidurr. Tinggallah saya dan mak mertua berdua berbual bual.
Jam 2.45 tiba di Rumah Terbalik Tamparuli, tetapi kakak dan adik pula tak mahu turun, tukar pelan nak singgah masa balik 06.12.2019 nanti.
Meneruskan perjalanan ke Penginapan OYO Fairy Resort di Kundasang, setiba jam 5.30 petang di hotel, kami diberi bilik berasingan . Sepatutnya bilik bersebelahan dan bersambung. Jadi sebelum cancel kami ke Bandar Kundasang.
Memang rezeki bawa ibu ayah bercuti kami dapat bilik luas sekeluarga di TM Resort Kundasng.
Apa jadi dengan tempahan OYO.? cancelled !!!di apps OYO..Habis Point Reward jerr.
Usai makan jam 6.30 (Semenanjung 7.30) terus shopping buah, buat makan di balkoni.
Jam 8.00 semua dah keletihan. Mak ayah paling gembira
Cuaca 14 darjah Celcius! Kundasang sejuk sampai tulang.
Kegembiraan mereka cukup membuatkan hati ini terlalu bahagia.
Memang lain perasaan buat insan seperti saya, di mana ibu dan ayah sudah lama meninggal dunia. Tanda syukur maka saya sedia memberi kebahagian buat insan-insan tersayang.

Comments