HARI#5 JUMAAT 06.12.2019 HARI TERAKHIR DI SABAH , PASAR FILIPINO, RUMAH TERBALIK & SURIA SABAH
Pagi Jumaat nan indah, Sayyidul Ayyam di Kota Kinabalu. Seawal 5 pagi, ujan membasahi bumi Inanam di tempat kami menginap Oyo Hotel Treeline Urban Inn. Hotel baharu diambil alih oleh OYO dan diluar nampak biashe-biashhe sahaja.
Apabila kami melangkah masuk semalam, dalaman hotel antara yang terbaik.
Penerbangan bermula jam 7.50 petang mengambil masa selama 2 jam 55 minit terasa singkat, mungkin semua sudah kepenatan barangkali..
Jam 10.45 tiba di KLIA2..Ambil kereta di parking gopark.com, terus segera pulang...ehh
sempat singgah mamak One Zack Bistro..Canai lagi... Jam 1.20 sampai rumah di Saujana Utama.
Apabila kami melangkah masuk semalam, dalaman hotel antara yang terbaik.
Pagi-pagi lagi walaupun hujan di bandar Kota Kinabalu, ayah
dan emak kami teringinkan makan roti canai maka kami terus ke Plaza Likas .
Roti canai mamak juga dicari. Nama Restoren Bismillah, sebaik namanya begitulah juga layanan diberikan. Pelik juga
apabila semua orang mahu makan Roti Canai seorang 2 keping, orangnya ada 6
sahaja tetapi order makanan sampai 15 keping siap tambahan mee goreng lagi. Kami
menggilai ketawa, apabila teringatkan peristiwa ini. Mahu tidaknya, semacam
kemaruk dan semacam mahu melantak sahaja.
Seusai di Kedai Mamak Bismillah, kami meneruskan agenda pagi
Jumaat ini untuk ke Pasar Filipino. Jam menunjukkan 9.20 pagi, Hotel Treelittle
Urban Inn belum di “Chec-Out” lagi. Harus pulang semula jam 12.00, harap-harap
sempat shopping.
Perjalanan kami ke Pasar Filipino melewati kawasan pesisiran
pantai, terlihat Suria Sabah Mall dan juga Jesselton Point (Jeti ke Pulau Manukan
& Pulau Taman Negara ). Alhamdulillah Syukur, tiba di Pasar Filipino jam 10.10 pagi . Kami shopping
sakan ,membeli barangan cenderamata termasuklah Rantai Mutiara, T-Shirt, Fridge
Magnet dan pelbagai kuih termasuk Kuih Cincin dan Amplang yang terkenal di
Sabah.
Selesai sahaja shopping di Pasar Filipino, cepat-cepat kami
ke kereta bersegera bergerak untuk check out hotel. Tidak boleh enak-enak lagi Bah!!!,
masa semakin suntuk itu, ndak sempat lagi bah.
Pertengaan jalan, tiba-tiba telefon berbunyi…ya orang hotel
sudah bertanya- Jam berapa tiba. Setiba di hotel, kami mengumpul dan menyusun
bagasi..Wah kali ini banyak juga barangnya.
Selesai check out hotel, fokus terakhir sebelum pulang
adalah untuk ke Rumah Terbalik Tamparuli. Perjalanan dari Inanam ke Tamparuli,
lebih kurang 30 minit. Jam 1.35 petang, kami tiba di perkarangan komplek Rumah
Terbalik Tamparuli untuk sekadar mengambil gambar kenangan.
Jam 2.30 kami berpatah balik, untuk Pasar Filipino sekali
lagi, ada baju cenderamata yang tidak sempat dibeli tadi. Jam 3.30 singgah
Solat Z ohor dan Asar di Suria Sabah Mall, di mana luasnya umpama KLCC.
Selesai solat Jamak barulah kami cepat-cepat ke Pasar Filipino
dan meneruskan perjalanan untuk mencari makan tengahari, mujur ada kedai
Baiduri Seafood di kawasan bersebelahan Lapangan Terbang KKIA.
Sekali lagi kami bertamu dan bergelak ketawa, apabila
pelayan Baiduri Seafood perasan akan kehadiran kali kedua kami ke premis
beliau. Apa lagi diusik kami berenam, “ Selamat datang kembali kali kedua, Mak
nak makan apa? …Ayah nak makan apa?..Baik benar kali ini. Siap panggil ayah mak
lagi. Pelayan ini namanya Wan. Kalau Wan terbaca coretan kami ii, jangan lupa kad yang kami berikan itu. Datang
Melaka jangan lupa jumpa Mak dan Ayah ya..Whatsapp tau.
Perut sudah kenyang, perjalanan ke Airport KK dari Baiduri
Seafood lebih kurang 6 minit sahaja. Semua mulai merasai akan kesedihan mahu
berpisah dengan bumi di bawah bayu ini. Flight Air Asia kami adalah di jam 7.50
petang. Jam di tangan menununjukkan 5.30 petang, kami segera ke KKIA dan
memaklumkan kepada Syarikat kereta sewa bahawa kami akan serakan kereta jam
6.00. Jam 5.40 petang , tiba di
perkarangan Aiport KKIA dan menyerahkan Avanza yang kami gunakan kepada
pemiliknya.
Sekali lagi, boarding pass diprint untuk memudahkan urusan
boarding gate. Bagasi diangkut ke Baggage Drop dan bermulalah perjalanan pulang
kami.
Seperkara perlu diingati buat kawan-kawan semua, di Sabah
semasa tiba awal hari itu, kami diberikan sekeping permit kertas putih@visa
lawatan sosial dan perlu diserahkan kembali kepada Imigresen Sabah sebelum
memasuki pesawat. Andai hilang, banyak juga prosedur perlu dilalui untuk keluar
dari Sabah.
Penerbangan bermula jam 7.50 petang mengambil masa selama 2 jam 55 minit terasa singkat, mungkin semua sudah kepenatan barangkali..
Jam 10.45 tiba di KLIA2..Ambil kereta di parking gopark.com, terus segera pulang...ehh
sempat singgah mamak One Zack Bistro..Canai lagi... Jam 1.20 sampai rumah di Saujana Utama.
Comments