HARI#3 RABU 04.12.2019 -KUNDASANG , TAMAN NEGARA KINABALU & DESA DAIRY FARM
Cikgu SB seperti biasa, andai ada ruang saat bercuti pun masih mahu memanaskan badan dengan keluar jogging. Kundasang seperti daerah lain juga Subuh jam 4.49 pagi. Jadi pukul 6.0p pagi sudah cerah.
Maka jam 7.00 pagi, cikgu keluar menikmati suasana kabus di Kundasang dan berselfie bagai sekitar bandar Kundasang.
Balik sahaja ke TM Resort semua dah sedia , jam 8.30 pagi kami bersarapan dan terus bergerak ke Taman Negara Kinabalu. Kami berenam terus memandu sehingga ke kawasan pelepasan pendakian dan sempat berhenti di tempat menarik intuk rakaman foto.
Puas kami menjelajah Taman Negara di kaki Gunung Kinabalu. Ayah dan makyah dalam keadaan teruja begitu seronok. Banyak kenangan dan gelak ketawa kami berenam .
Dekat-dekat 2 jam juga Taman Negara Kinabalu.
Destinasi seterusnya, adalah Desa Dairy Farm di Meseloui Kundasang.
Menaiki bukit yang agak tinggi dan curam, memberi pengalaman baru. Mpv Avanza memang terbaik.
Setiba di Desa Dairy Farm..perasaan kami semua sangat gembira melihatkan keindahan dan kecantikan Desa Dairy ini, seumpama berada di New Zealand.
Comments