HARI#4 KHAMIS 05.12.2019 SARAPAN MENGHADAP GUNUNG KINABALU & MEMORIAL WAR, PORING HOTSPRING ,SABAH TEA RANAU

Perjalanan percutian hari ini, pagi pagi lagi kami makan dahulu di PASKAL Cafe Kundasang bersebelahan "BULATAN SAPI@LEMBU DESA DAIRY" berhadapan dengan Banjaran Gunung Kinabalu.

Selepas itu, kami ke MEMORIAL WAR KUNDASANG" untuk melihat keadaan di situ dan mengambil kesempatan bergambar. Membaca dan melihat kesan sejarah yang ditinggalkan penjajah. Betapa perlu kita lawati setiap inci bumi Sabah apabila sedang bercuti.

Setelah sempatkan diri di Memorial Perang Kundasang. Kami terus fokus ke PORING HOTSPRING di mana sepatutnya tentatif kami mandi manda di situ pada hari Rabu petang sebelumnya, tetapi terpaksa ditunda kerana hujan lebat.

Jam 10.40 kami tiba di perkarangan kolam air panas Poring dan juga kolam batu air sejuk.

https://www.youtube.com/watch?v=Ls6TXVPt9qs


Hampir 3 jam berendam bersama keluarga, cuaca sudah mulai redup semacam mahu hujan.

Kami bersiap dan berkemas untuk ke lawatan seterusnya, iaitu ke  Sabah Tea Plantation.

Perjalanan dari Poring ke SABAH TEA PLANTATION mengambil masa 38 minit dari Poring Ranau. Memandu di jalan yang berjajaran dengan kawasan bukit bukau menyebabkan emak, ayah mertuA dan anak kami semua tidak lepas mengambil gambar dan memuji muji kehijauan Sabah.

Jam 2.30 petang kami tiba di kawasan ladang teh yang luas dan benar-benar mengejutkan. Eh! Kenapa terkejut ya? Ia, kerana semasa kami mendaki menaiki kenderaan ke puncak ladang, hampir sahaja kami berpatah balik, kerana semacam tiada orang melawat, sekali tiba di atas memang luarbiasa terbaik  dan dipenui pengunjung. Juga terserempak pelakon Izani @Izani Belacan.

Perut sudah mulai keroncong, kertas menu dihidangkan, pilihan makanan ditempah di Restoren Ladang Teh Sabah..Fuh memang sedap makanan di Restoren Ladang Teh Sabah.

Hampir 2 jam setengah di situ, cuaca mulai mendung dan  kami segera bergerak pula ke Pekan Ranau mencari Masjid Ranau, untuk menunaikan Solat Jamak Asar dan Zohor. Puas kami mencari Masjid Daerah Ranau melalui google maps, jalan Masjidnya ada..Masjidnya tiada. Rupanya masjid sudah runtuh akibat gempa bumi pada tahun 2015.

Bangunan masjid sementara dibuat di kawasan Sekolah Rendah Agama berhadapan SMK Mat Salleh Ranau. Ajaibnya kami bertemu seorang insan bernama Arisya yang kami temuai pada hari pertama di Masjid Terapung Kota Kinabalu, di mana beliau pernah bantu menolak kerusi roda mak kami. Allah pertemukan sekali lagi di Masjid Sementara Pekan Ranau..Allah..Allah. Beliau menawarkan Rumah Tamu di KK untuk next percutian. Luarbiasa tawaran itu.

Perjalanan diteruskan ke Kota kinabalu bermula jam 5 lebih petang, menuju ke penginapan terakhir iaitu di Treeline Urban Inn di Inanam Kota Kinabalu. Perjalanan kami begitu mengujakan apabila melalui jalan gelap berkabus dan menaiki bukit dan ada ketika menuruni bukit. Emak dan ayah kami semua tidak tidur dalam Avanza kali ini, kerana takut dan seram, katanya. Ada ketika kami bergelak ketawa, sempat juga singgah di tandas kaki Gunung Kinabalu.

Jam 7.55 petang kami tiba di perkarangan hotel sudah "PETENG DEDEK"@Jawa -sudah gelap men! maknanya gelaplah tu..

Simpan barang dulu, kemudian kami ke Cafe Masjid Bandaraya sekali lagi kerana di sana terdapat deretan kedai makan. Nama kedai makan yang menjadi pilihan Cafe Seri Wafi.

Balik semula ke Treeline Urban Inn ,kami segerakan Solat Jamak Isyak dan Maghrib dan akhirnya semua terbongkang kepenatan!







Comments

Popular posts from this blog

PERCUTIAN KE TASIK KENYIR 12-14 DISEMBER 2019 (KHAMIS, JUMAAT & SABTU)

PLKN BACTH 8 siri ke 3, 2011